Langgan newsletter kami!
Tutorial Makeup Wanita Malaysia

Solekan Untuk Wanita Malaysia

Di negara tropika ini, wajarlah bagi anda untuk mengenakan solekan yang sesuai supaya anda tidak sahaja kelihatan lebih cantik, malah selesa kerana kulit anda terpelihara dengan produk yang betul.

Bayangkan jika anda menggunakan bedak asas yang berminyak pada kulit yang telah sedia berminyak kemudian anda berpanas di luar rumah, bukankah muka anda akan menjadi berkilat seperti kolam minyak? Anda juga akan merasa tidak senang duduk kerana kulit anda terasa melekit.

Ada juga situasi seseorang itu mengenakan solekan yang bercapuk kerana produk yang tidak sesuai serta teknik aplikasi yang salah. Ia kelihatan menjengkelkan dan mulalah timbul komen negatif seperti “lebih baik tidak bersolek daripada bersolek seperti badut” atau “kan lebih baik kulit semula jadi daripada kulit yang dibuat-buat?

Oleh itu, sebelum dan selepas SPF (bergantung pada jenis produk SPF anda), pastikan anda menggunakan produk solekan yang ringan (lightweight) dengan litupan yang baik (good coverage). Bagi yang kurang pasti maksud SPF, SPF merupakan singkatan daripada Sun Protection Factor yang mana angka SPF adalah penentu seberapa lama anda dapat berada di bawah sinar matahari tanpa terbakar selama memakai produk tersebut.

Jenis produk pula bergantung kepada jenis kulit anda sendiri seperti berikut:

Cara Makeup Untuk Kulit Berminyak

Gunakan bedak asas berbentuk cecair yang memberikan kesan matte untuk mengawal pengeluaran minyak (sebum) pada wajah anda.

Cara Makeup Untuk Kulit Kering

Produk pelembap berwarna (tinted moisturizer) merupakan produk yang paling ideal kerana anda mendapat litupan yang baik bersama sedikit lembapan.

Cara Makeup Untuk Kulit Sensitif

Tanda kulit yang sensitif adalah kemerahan atau menggelupas. Walaupun lebih baik untuk anda tidak bersolek sehingga kulit pulih, kadang kala anda perlu ke tempat-tempat tertentu dan anda tidak boleh membiarkan muka anda tanpa sebarang perlindungan. Guna produk yang khusus untuk kulit sensitif tetapi jika anda tidak menjumpainya, dapatkan produk yang fragrance-free.

Cara Makeup Untuk Kulit Kombinasi

Kulit kombinasi pula memerlukan bedak asas berbentuk pepejal (powder foundation) untuk mendapatkan keseimbangan kulit.

Disertakan sedikit tips membeli bedak asas untuk wanita Malaysia.

Tips Membeli Bedak Asas Untuk Wanita Malaysia

  • Pilih produk yang dibuat khusus untuk iklim khatulistiwa.
  • Cuba bedak asas tersebut pada bahagian rahang anda untuk memastikan warnanya padan dengan tona kulit anda.
  • Walaupun kelihatan serupa, hakikatnya kulit anda tidak sama dengan kulit ibu, kakak, adik atau rakan anda jadi tidak semestinya kulit anda akan serasi dengan produk yang mereka gunakan.
  • Manfaatkan produk tester yang disediakan dan jaga kebersihan apabila mencuba.
Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: