Langgan newsletter kami!
Syamsul Yusof Dan Ira Kazar

Syamsul Yusof dan Ira Kazar Sah Suami Isteri

Spekulasi berkaitan Syamsul Yusof dan Ira Kazar yang didakwa sudah bernikah akhirnya terjawab. Menerusi satu video pendek di Instagram rasminya, Syamsul Yusof yang juga seorang pengarah filem Box Office Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mengaku telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand. Perkahwinan ini telah berwalikan bapa Ira sendiri iaitu juga seorang pelakon terkenal, Kazar Saisi.

Menurut Syamsul, pernikahan itu juga telah didaftarkan dengan pihak berkuasa di Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

“Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, satu hari nanti saya akan letakkan noktah terhadap isu yang membelenggu rumah tangga saya.

“Saya sudah bernikah dengan Ira berwalikan ayahnya sendiri, di Thailand. Ada sebab saya bernikah di sini, untuk memudahkan beberapa urusan dan ia sudah didaftarkan,” katanya sambil menjelaskan pelakon Puteri Sarah masih isterinya yang sah.

“Saya harap dia (Puteri Sarah) pulanglah ke rumah supaya kita boleh berbincang. Tak perlu hebahkan di media sosial. Pulanglah, bawa anak-anak sekali. Apa sahaja masalah, kita boleh bincang tanpa perlu dihebahkan atau mengaibkan saya atau sesiapa saja.

“Sudah-sudahlah ke sana ke mari tanpa izin suami. Saya masih suami, fikir-fikirkanlah,” kata Syamsul dalam video berdurasi kira-kira empat minit itu.

Sepanjang tahun lalu, kontroversi rumah tangga Syamsul Yusuf dan isteri pertamanya, Puteri Sarah mendapat liputan meluas media tempatan.

Puteri Sarah dalam kenyataannya pernah mendedahkan Ira sebagai punca rumah tangganya dengan Syamsul bergolak. Syamsul dan Puteri Sarah yang bernikah pada 8 Mac 2014 dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 tahun, dan Sumayyah, 4 tahun.

Kami semua doakan yang baik-baik sahaja untuk pasangan ini dan segala masalah yang dialami dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: