Home / Kecantikan / Tabiat Kecantikan Yang Mesti Ditinggalkan

Tabiat Kecantikan Yang Mesti Ditinggalkan

Dalam menjaga kecantikan diri, seseorang itu pasti akan mengikut keselesaan sendiri seperti waktu yang diperuntukkan dan cara melakukannya. Ada orang yang suka lakukan sendiri di rumah, ada pula orang yang suka ke pusat kecantikan.

Walau apa pun pilihan anda, ketahuilah ada tabiat kecantikan yang mesti ditinggalkan kerana boleh mengeruhkan lagi keterampilan anda! Semak sama ada anda melakukan tabiat-tabiat buruk berikut dan berhenti daripada melakukannya mulai sekarang.

Rambut

1. Anda hanya menggunakan conditioner pada hujung rambut.
2. Anda menggosok rambut basah dengan tuala untuk mengeringkannya.
3. Anda tidak kerap mencuci rambut.
4. Anda menyikat rambut ketika basah.
5. Anda tidak menggunakan produk rambut selepas mencuci.
6. Anda menggunakan syampu yang mengeringkan rambut.
7. Anda menggunakan produk rambut yang mengandungi silikon.
8. Anda tidak skrub kulit kepala.
9. Anda tidak membersihkan peralatan rambut anda.
10. Anda mengikat rambut terlalu ketat.

Kulit

1. Pencuci muka anda mengeringkan kulit.
2. Anda tidak menggunakan losyen pelindung matahari.
3. Anda menggunakan produk pengelupasan tanpa nasihat Doktor.
4. Anda mencuci muka dengan kasar.
5. Produk anda mengandungi mineral oil.
6. Anda menggunakan pencuci muka lebih daripada dua kali dalam sehari.
7. Anda tidak dapatkan tidur yang secukupnya.
8. Pemakanan anda tidak sihat.
9. Peralatan makeup anda tidak dibersihkan dengan kerap.
10. Anda tidak membersihkan diri mengikut turutan ini: rambut, badan, muka.

Solekan

1. Anda tidak menggunakan primer.
2. Anda mengenakan pembayang mata selepas mengenakan concealer.
3. Warna bronzer anda terlalu jingga.
4. Anda mengenakan maskara pada bulu mata di bahagian bawah.
5. Warna penggaris mata dan pensil kening anda terlalu gelap.
6. Warna pemerah pipi anda terlalu terang.
7. Anda menggunakan bedak asas selepas menggunakan concealer.
8. Anda mengenakan maskara sebelum penggaris mata.
9. Anda tidak membuang sel kulit mati pada bibir sebelum mengenakan gincu.
10. Teknik solekan anda ditiru daripada orang lain dengan bentuk wajah yang berbeza daripada anda.

Memang tidak mudah untuk meninggalkan atau menukar tabiat seseorang, tetapi dengan tekad yang jitu, anda pasti boleh melakukannya. Semoga anda dapat membiasakan diri dengan tabiat kecantikan yang betul dan menikmati hasilnya nanti.

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: