Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Ministry of Education (MOE) adalah kementerian yang bertanggungjawab membuat perancangan Jadual Persekolahan Malaysia. Secara rasminya pihak kementerian telah pun mengeluarkan Takwim Persekolahan Bagi Tahun 2019. Takwim ini merupakan jadual persekolahan berserta cuti sekolah yang telah disusun mengikut kesesuaian bagi sesi 2019.

Antara perkara penting yang diambil kira ialah cuti pertengahan pengggal pertama, cuti pertengahan tahun, cuti pertengahan penggal kedua dan cuti akhir tahun. Takwim ini juga telah disesuaikan dengan beberapa perayaan besar negara iaitu Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali dan beberapa perayaan lain di Sabah dan Sarawak seperti Hari Gawai dan Hari Kaamatan.

Dengan adanya takwim 2019 ini, ia tentunya akan memudahkan urusan para guru dan ibu bapa dalam merancang aktiviti selain waktu persekolahan seperti merancang jadual tuisyen, percutian bersama anak-anak, aktiviti balik kampung, kenduri dan sebagainya.

Perincian hari persekolahan ini dibahagikan mengikut kumpulan dan penggal, seperti berikut:

Takwim Persekolahan 2019 Kumpulan A

Berikut adalah takwim penggal persekolahan untuk sekolah-sekolah di negeri di mana hujung minggunya adalah hari Jumaat:
Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Takwim Penggal Persekolahan 2019 Kumpulan A (Kedah, Johor, Terengganu, Kelantan)

Takwim Persekolahan 2019 Kumpulan B

Berikut adalah takwim penggal persekolahan untuk sekolah-sekolah di negeri yang hujung minggunya adalah hari Ahad:
Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

Takwim Penggal Persekolahan 2019 Kumpulan B

Takwim ini boleh dimuat turun dalam format PDF terus dari laman web rasmi KPM di sini.

Semoga info dan maklumat ini dapat dikongsikan bersama untuk kemudahan ibu bapa, guru dan pelajar.