Langgan newsletter kami!
Logo Wallpaper Jabatan Perkhidmatan Awam JPA

Apakah Maksud Jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP)

Di dalam perkhidmatan awam, terdapat satu jawatan yang dipanggil  jawatan Khas Untuk Penyandang atau KUP.

Apakah Maksud Jawatan KUP Ini?

Jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) ialah jawatan yang diwujudkan bagi mengekalkan atau menyesuaikan gred hakiki penyandang apabila berlaku perbezaan dengan hakiki jawatan yang disandarkan. Jawatan yang diwujudkan itu adalah KUP sahaja dan akan dihapuskan sebaik sahaja penyandang meninggalkan jawatan tersebut. Ia diwujudkan dalam keadaan berikut:
[infobox style=”alert-success”]

  1. Untuk membetulkan keadaan yang mana penyandang-penyandang jawatan telah diberi tangga gaji yang berbeza dengan tanggagaji yang telah diluluskan bagi jawatan tersebut mengikut skim perkhidmatan jawatan itu. Keadaan ini berlaku hasil daripada urusan perubahan gaji;
  2. Berikutan dengan perubahan dalam dasar perkhidmatan kerajaan hasil dari pengeluaran Pekeliling Perkhidmatan/Surat-surat Pekeliling Perkhidmatan;
  3. Untuk menampung pegawai-pegawai yang mengisi jawatan-jawatan dalam perkhidmatan yang jumud;
  4. Atas sebab-sebab kepentingan perkhidmatan, iaitu setelah;
    i.  Penyandang jawatan tersebut dinaikkan pangkat sedangkan jawatannya tidak dinaik taraf; dan
    ii. Jawatan yang disandang oleh pegawai berkenaan dinaikkan atau diturunkan tarafnya.
  5. Untuk menampung pegawai-pegawai yang telah diletakkan di satu peringkat oleh Tribunal Perkhidmatan Awam sungguhpun peringkat jawatan tersebut tidak dibekalkan di dalam skim perkhidmatannya.[/infobox]

Untuk memudahkan pemahaman jawatan KUP ini kita lihat analogi di bawah:

Untuk penjawat awam yang telah berkhidmat lama sehingga berbelas tahun tapi masih lagi berada di gred yang sama, kerajaan telah memperkenalkan skim di mana sesiapa yang telah berkhidmat selama 13 tahun akan dinaikkan pangkat melalui skim KUP (Khas Untuk Penyandang) dengan memenuhi kriteria-kriteria tertentu.

Walau kenaikan pangkat ini bukanlah secara hakiki, namun ia cukup bermakna buat sesetengah penjawat awam. Ini kerana pengwujudan sesetengah jawatan kanan kerajaan perlu dilihat dari pelbagai faktor seperti faktor kewangan kerajaan, keperluan terhadap jawatan tersebut dan juga kesungguhan ketua jabatan membuat justifikasi keperluan dan berbagai faktor lain lagi.

Kebanyakan kekosongan kenaikan pangkat secara hakiki adalah bergantung kepada kekosongan. Jika pemohon diterima menjawat kenaikan pangkat hakiki tersebut, penjawat awam tersebut perlu berpindah ke jabatan yang menawarkan kekosongan tersebut. Oleh itu jawatan KUP menjadi pilihan walaupun terpaksa menunggu sehingga 13 tahun untuk menikmati kenaikan pangkat. Jawatan KUP selalunya tidak ada pertukaran disebabkan ianya sebagai penyandang sahaja.

Perbezaan Antara Jawatan Hakiki dan KUP

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan beza antara jawatan hakiki dan KUP, berikut adalah petikan soalan dan jawapan dari portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

SOALAN:

Untuk makluman saya sekarang gred X29 dan telah berkhidmat 12 tahun dan setahun lagi saya boleh memohon KUP (mencukupkan 13 tahun).

Ketika ini juga keluar iklan kekosongan kenaikan pangkat jawatan hakiki X36.

Persoalan saya perlukah saya memohon untuk mendapat jawatan hakiki X36 dan apakah perbezaan antara jawatan hakiki dengan KUP dari segi tugasan, elaun, kemudahan-kemudahan, kesan jangkamasa panjang dan lain-lain?

Terima kasih.

JAWAPAN:

Tuan,

Kenaikan pangkat secara hakiki bermaksud pegawai akan melaksanakan tugas di gred yang lebih tinggi berbanding KUP yang tanggungjawab dan deskripsi tugas adalah sama.

Selaras kecemerlangan prestasi, setiap pegawai awam perlu menunjukkan pretasi yang cemerlang dan berusaha menempatkan diri dalam pertimbangan kenaikan pangkat secara hakiki.

Pembayaran elaun pemangkuan diperuntukkan bagi pegawai yang memangku gred hakiki kerana pegawai perlu memangku sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum layak dipertimbangkan pengesahan kenaikan pangkat

Berbanding KUP, tiada pemangkuan, pegawai terus dinaikkan pangkat.

Kemudahan, adalah sama bagi hakiki dan KUP kerana kemudahan-kemudahan dikira berdasarkan gred sandangan pegawai.

Kesan jangka masa panjang, kedua-dua ketegori (KUP dan hakiki) adalah layak dipertimbangkan bersama dalam sesuatu urusan kenaikan pangkat ke gred seterusnya. Walau bagaiamanapun, seharusnya pegawai yang berada di laluan hakiki akan lebih berpengalaman untuk dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan.

Pegawai KUP turut boleh diarahkan mengisi kekosongan hakiki apabila diarahkan oleh Ketua Jabatan (urusan penempatan).

Sekian.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. shahnun azli bin sulong

    assskum …saya mohon pencen memandangkan umur sy makin meningkat usia dan apabila memintak kerja dr agensi swasta ada setengah dari mereka sukar terima saya berkerja sedangkan sy ada tanggungang. atas rasa peri kemanusiaan sy mohon sedikit bayaran pencen kerana sy dulunya berkhidmat selama 9 tahun di bawah jabatan kerajaan perseketuan.sy di persara atas sebab kesihatan. dan tanpa alasan yg munasabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: