Langgan newsletter kami!

Teknik Menyewa Rumah Secara Percuma!

Berikut adalah tips buat duit dengan sublet dan menyewa secara percuma serta dapat duit lebihan keuntungan atas angin juga.

Sila baca dengan teliti setiap penerangan di bawah.

Rahsia Buat Duit Dengan Sublet Terbongkar!

Begini caranya. Mula-mula sekali anda perlu menyewa sebuah rumah dengan 4 bilik dari mana-mana landlord atau tuan rumah. Sewa rumah di kawasan kilang atau di kawasan Bandar sahaja. Kalau di KL, sewa rumah teres setingkat seperti di kawasan Sungai Way adalah selalunya dalam RM800 sebulan sahaja. Sign rental agreement selama 2+1 tahun.

Sekarang anda sublet bilik-bilik di rumah ini kepada orang-orang lain. Minta dalam RM200 seorang. Ok, ada yang belum faham apa maksud sublet. Sublet bermaksud anda menyewa rumah yang biasanya kosong dan tiada kemudahan tambahan. Kemudian anda sediakan kemudahan tambahan seperti Astro, Unifi dan sebagainya lalu, anda menyewakan semula bilik-bilik tersebut dengan harga yang lebih tinggi dan memperolehi keuntungan daripadanya.

Anda boleh sewa secara sublet kepada 8 orang lain lagi. Jadi setiap bulan anda boleh kumpulkan dalam RM1,600. Segala bil air & elektrik perlu dibayar oleh semua sublet anda.

Anda boleh tinggal di dalam salah satu bilik di rumah ini. Ini memudahkan supaya anda mengawal apa yang berlaku dan lain-lain. Jadi dalam sebulan anda akan dapat keuntungan dalam RM800 sebulan dengan sublet-sublet anda ini. Duit ini boleh dilaburkan dalam perniagaan lain setiap bulan atau disimpan sahaja.

Teknik ini mudah dan boleh dilakukan terus pada bila-bila masa. Kebanyakan perjanjian sewa tidak mempunyai clause menghalang sublet. Lagipun, landlord tidak perlu dan tidak akan tahupun yang anda telah sublet bilik-bilik kepada penyewa lain. Kalau tahupun anda tidak menyalahi apa-apa undang-undang pun. Dan lebih-lebih lagi, landlord selalunya tak kisah pun asalkan bayaran sewa bulanannya di bayar setiap bulan on-time.

Selamat buat duit mudah setiap bulan!

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: