Langgan newsletter kami!
Telefilem Anak Busut (Astro Citra)

Telefilem Anak Busut (Astro Citra)

Sebuah lagi telefilem berunsur seram berjudul ‘Anak Busut‘ akan ditayangkan pada hujung minggu ini, Sabtu 18 April 2020 di saluran Astro Citra dan Citra HD. Telefilem ini diarahkan oleh Azmir Afandi dan dibintangi oleh Yusuf Bahrin, Azar Azmi, Farah Wahida, Wan Hanafi Su dan ramai lagi. Jangan lupa untuk menyaksikannya di kaca TV anda. Selain itu, telefilem ini juga boleh ditonton secara live streaming melalui Astro GO dan On Demand.

Info Telefilem

  • Tarikh Tayangan: 18 April 2020 (Sabtu)
  • Waktu Siaran: 9.00 – 11.00 malam
  • Stesen TV: Astro Citra & Citra HD
  • Penulis Skrip: Ashik Afendy
  • Pengarah: Azmir Afandi
  • Senarai Pelakon: Yusuf Bahrin, Azar Azmi, Wan Hanafi Su, Farah Wahida

Watak Pelakon

  • Azar Azmi sebagai Fatehah
  • Yusuf Bahrin sebagai Adam
  • Farah Wahida sebagai Puteri Busut
  • Wan Hanafi Wan Su sebagai Atok

Sinopsis Anak Busut

Mengisahkan tentang seorang anak muda yang bekerja di bandar namun mengalami mimpi ngeri berkaitan datuk dan neneknya di kampung. Setelah kejadian itu, dia pulang ke kampung untuk berjumpa dengan mereka. Semasa di kampung dia selalu diganggu dengan benda halus dan tingkah laku datuk dan neneknya sudak tidak seperti dulu.

Apakah yang sebenarnya terjadi? Apakah misteri di sebalik mimpi tersebut? Nantikan kesudahan telefilem Anak Busut pada Sabtu ini, 18 April 2020 di Astro Citra.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: