Langgan newsletter kami!
Biodata Syifa Melvin

Biodata Syifa Melvin, Pelakon Wanita Cantik Bertudung

Seperti adik-beradik yang lain iaitu Syatilla Melvin dan Syida Melvin, Syifa Melvin juga merupakan seorang pelakon. Darah seni sememangnya mengalir dalam darah ‘Adik-beradik Melvin’ ini. Bukan setakat berlakon, gadis bertudung ini juga merupakan seorang Instafamous dan sangat dikenali di media sosial terutamanya di Instagram dengan hampir 700k followers.

Terbaharu, Syifa Melvin bakal muncul dalam drama bersiri Bulan Di Kota Langit yang disiarkan melalui saluran RTM. Drama bersiri ini dibintangi oleh Nur Risteena Munim dan Isa Khan serta diarahkan oleh Ollynn Khadri.

Biodata Syifa Melvin

  • Nama Sebenar: Nur Syifa Athirah Binti Amirol Melvin
  • Tarikh Lahir: 13 Januari 1994
  • Umur: 26 tahun (2020)
  • Asal: Parit Buntar, Perak
  • Ibu bapa: Bapa berketurunan Jepun manakala ibu berketurunan Melayu
  • Adik-beradik: Syafiqa Melvin (kakak), Syatilla Melvin (kakak), Syida Melvin (adik)
  • Saudara: Shaheizy Sam (abang ipar)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Pekerjaan: Pelakon, Instafamous, Model dan Jurusolek
  • Drama: #SisCuba (2018), Bulan Di Kota Langit (2020)
  • Telefilem: Derita Pia (2019)
  • Rancangan TV: Pesona Muslimah (2017)
  • Instagram: @syifamelvin

Fakta Menarik

  • Merupakan anak ke-3 dari 5 beradik iaitu adik kepada Syafiqa Melvin, Syatilla Melvin dan kakak kepada Syida Melvin.
  • Kesemua adik-beradiknya adalah perempuan.
  • Sering dibandingkan dan disalah anggap sebagai kakaknya kerana mempunyai wajah yang seiras.
  • Tidak mahu menumpang populariti Syatilla ataupun abangnya iparnya, pelakon Shaheizy Sam.
  • Bermula aktif sebagai instafamous  selepas tamat persekolahan pada 2011.
  • Mula menceburi dunia lakonan selepas berjaya sebagai hos rancangan TV Pesona Muslimah pada tahun 2017. Sejak itu, beliau semakin yakin untuk beraksi di hadapan kamera.
  • Seorang yang suka bercakap dan banyak celoteh.
  • Sangat meminati bidang solekan dan sering bereksperimentasi dengan produk make-up.
  • Drama #SisCuba yang ditayangkan di TV3 dan ntv7 merupakan lakonan pertamanya dalam bidang seni. Dalam drama itu, beliau bergandingan dengan Nabila Razali dan Sarah Suhairi selaku teraju utama drama 5 episod tajaan Sunsilk.
  • Pernah menjadi trending di media perdana disebabkan hubungannya dengan pemain bola sepak ternama negara dan JDT, Safawi Rasid sehingga mengundang pelbagai reaksi awam termasuklah dari Tunku Ismail (TMJ) sendiri.
  • Pernah menunaikan umrah di Tanah Haram pada Februari 2019.
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: