Langgan newsletter kami!
Telefilem Bapak (TV1)

Telefilem Bapak (TV1)

Sebuah telefilem khas sempena sambutan Hari Bapa berjudul ‘Bapak‘ bakal ditayangkan di TV1 RTM pada hujung minggu ini, Sabtu, 20 Jun 2020 jam 9.00 hingga 11.00 malam. Telefilem kekeluargaan ini dibintangi oleh Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Elisya Sandha dan Ikmal Amry. Ia diarahkan oleh Amor Rizan dan diterbitkan oleh Padi Pictures Sdn Bhd

Info Telefilem

  • Genre: Keluarga
  • Tarikh Tayangan: 20 Jun 2020 (Sabtu)
  • Waktu Siaran: 9.00 – 11.00 malam
  • Stesen TV: TV1 RTM
  • Penulis Skrip: Norsyiella Annuar
  • Pengarah: Amor Rizan
  • Produksi: Padi Pictures Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Elisya Sandha, Ikmal Amry

Sinopsis Telemovie Bapak

Mengisahkan tentang seorang bapa bernama Zahari, iaitu seorang bekas banduan yang baru dibebaskan. Beliau cuba untuk membuktikan kepada anak lelaki dan isterinya yang mana mereka tidak lagi memandang kewujudan dirinya sebagai penting dalam hidup mereka. Namun begitu Zahari bernasib baik apabila mempunyai anak perempuan bernama Sophia yang tidak pernah putus harapan melihat ayahnya itu kembali meneruskan hidup di dalam masyarakat yang turut meminggirkan dirinya. Ini kerana Sophia sebenarnya menyimpan rahsia sebenar mengapa Zahari dimasukkan ke dalam penjara.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: