Langgan newsletter kami!
Telefilem Pak Dogo (Astro Citra)

Telefilem Pak Dogo (Astro Citra)

Sebuah telefilem menarik hasil arahan pelakon dan pengarah terkenal dari Kelantan, Sabri Yunus akan ditayangkan melalui saluran Astro Citra dan Citra HD pada hujung minggu ini. Telefilem berjudul ‘Pak Dogo‘ ini akan bersiaran pada hari Sabtu, 20 Jun 2020, jam 9.00 hingga 11.00 malam.

Watak Pak Dogol adalah begitu sinonim dalam sebuah persembahan wayang kulit di Kelantan. Justeru, susulan kejayaan telefilem Pok Ya Cong Codei, Sabri Yunus sekali lagi mempertaruhkan cerita berkisarkan negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Telefilem menarik ini dibintangi oleh Asrulfaizal Kamaruzaman, Raysha Rizrose, Along Eyzendy, Saidi Sabri dan Sabri Yunus sendiri.

Info Telefilem

  • Tarikh Tayangan: 20 Jun 2020 (Sabtu)
  • Waktu Siaran: 9.00 – 11.00 malam
  • Stesen TV: Astro Citra & Citra HD
  • Pengarah: Sabri Yunus
  • Produksi: Balang Rimbun Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Asrulfaizal Kamaruzaman, Raysha Rizrose, Sabri Yunus, Along Eyzendy, Saidi Sabri

Sinopsis Pak Dogo

Impian tinggi Kkoya, iaitu seorang tok dalang muda yang jatuh cinta dengan seorang gadis cantik bernama Salmi, yang menjadi rebutan ramai. Setelah berjaya merebut hati gadis impiannya, satu demi satu gangguan mistik yang perlu dilaluinya. Mampukah mereka bertahan hingga ke gerbang perkahwinan? Nantikan pertembungan mistik dan budaya dalam telefilem yang menarik ini!

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: