Langgan newsletter kami!
Hanya Suara TV1 RTM

Telefilem Hanya Suara (TV1)

Sebuah telefilem kekeluargaan sempena Hari Bapa akan ditayangkan di TV1 RTM pada 20 Jun ini. Telefilem berjudul ‘Hanya Suara‘ ini mengupas kisah tentang kasih sayang bapa terhadap anaknya. Ia diarahkan oleh Khir Rahman dan dibintangi oleh Ungku Hariz, Siti Elizad, Zam Skool, Eliza Mustafa, Sazly Baginda dan Khir sendiri.

Info Telefilem

  • Tarikh Tayangan: 20 Jun 2020
  • Waktu Siaran: 3.05 petang
  • Stesen TV: TV1 RTM
  • Penulis Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
  • Pengarah: Khir Rahman
  • Produksi: Suar Channel Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Ungku Hariz, Siti Elizad, Khir Rahman, Zam Skool, Eliza Mustafa dan Sazly Baginda

Sinopsis Telefilem Hanya Suara

Telefilem ini mengisahkan tentang dua beranak iaitu Amir dan anak lelakinya Adil yang menjalani kehidupan setelah kematian isterinya. Adil dilihat di mata orang luar yang tidak mengenalinya sebagai anak yang baik kepada ayah yang cacat penglihatan. Dia akan setia menemani ayahnya, Amir menyanyi di tempat orang ramai. Bukan derma yang diminta. Hanya ruang buat persembahan. Sehingga satu hari ada seorang penerbit muzik, Zaidi yang kagum dengan suara Amir menawarkan untuk merakamkan lagu. Kegembiraan ayahnya bercerita, bersedia untuk merakam lagu, gembira mendengar hasil rakaman lagu membuatkan dalam diam Adil menangis sebak.

Imbas kembali kehidupan Adil dengan kawannya Wan, sangat nakal dan suka meragut beg dan berjudi. Itu salah satu kerja yang sering dilakukan Adil. Amir tahu perbuatan anaknya itu tetapi Adil sentiasa akan memberontak bukan dengan bertekak tetapi tidak akan balik ke rumah beberapa hari. Amir tidak pernah putus asa mencari ruang peluang untuk ujibakat nyanyian.

Dia mempunyai suara yang merdu namun peluang tidak lagi menyebelahinya dan memang dia suka menjadi penyanyi walaupun impian itu diperlekehkan oleh Adil. Amir juga pandai mencipta lagu. Sebuah gitar lama menjadi instrument untuk dia berkarya. Amir turut menjual burger di hadapan kedai makan kawan baiknya, Sam. Sam sangat faham Amir. Dia tahu kebaikan, kesabaran dan impian Amir itu. Apapun setiap usaha ujibakat Amir tidak pernah berjaya. Walaupun suaranya lunak. Lama kelamaan Amir berasa kecewa.

Aina, adik arwah isteri Amir yang tinggal berdekatan perumahan mereka yang pernah terhutang budi juga dengan Amir menyelamatkan dia dari diragut. Yang meragut Aina sebenarnya ialah Wan tetapi Adil sendiri tidak tahu. Aina dalam diam menaruh hati kepada Amir. Dia kagum dengan kesungguhan dan kesabaran Amir bekerja dan menjaga Adil.

Aina tidak suka cara Adil terhadap ayah sendiri. Aina dan Adil juga sering bertelagah. Adil berhutang dengan Ezy, seorang lelaki yang membuka tempat judi secara haram. Apabila tiba masa untuk membayar hutang, Adil menipu ayahnya untuk mendapatkan wang. Amir yang menyangka anaknya bercakap betul, akan berusaha untuk membantu. Sehinggalah suatu malam, Adil cemas dan dalam bahaya. Adil menangis ketakutan dan serik kerana sedang diburu oleh geng Ezy. Amir pergi berhadapan dengan Ezy dan Amir juga boleh dalam keadaan bahaya, dan Ezy perlekehkan Amir, memalukan Amir di hadapan Adil dan orang lain. Adil sedih lihat ayahnya buat apa saja yang disuruh dan barulah keadaan dapat diselesaikan. Adil lega terlepas dari masalah dengan Ezy dan cuba untuk berubah.

Baru saja hubungan Amir dengan Adil dalam keadaan aman, Adil dan Amir sama kemalangan jalan raya. Keadaan Adil parah terutama bahagian mata. Amir yang hanya cedera ringan merasa terkilan melihat keadaan anaknya itu. Adil pula hilang semangat untuk hidup setelah mengetahui dunianya kini gelap. Amir berbohong kepada Adil yang dia sama-sama buta dengan anaknya dan mengajak untuk sama-sama bangkit dengan semangat baru dan redha. Aina sahaja yang tahu sebenarnya Amir tidak buta.

Suatu hari, Amir pulang dalam keadaan gembira memberitahu doktor pakar mata telah bersedia hendak membedah mata Adil kerana sudah ada penderma. Mata itu sesuai untuk Adil tapi bukan untuk ayahnya. Sebenarnya Amir lah yang telah mendermakan matanya. Aina memendam rasa menyimpan semua rahsia. Apakah kesudahan kisah ini? Sama-sama kita saksikan di TV1 RTM nanti!

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: