Langgan newsletter kami!
Jalan Belakang Rumah (TV2)

Jalan Belakang Rumah (TV2)

Sebuah telefilem menarik bertemakan pengembaraan fantasi berjudul ‘Jalan Belakang Rumah‘ akan ditayangkan di TV2 RTM pada hujung minggu ini, Ahad, 14 Jun 2020, jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Telefilem ini mengisahkan tentang kisah pengembaraan 3 sahabat baik yang tersesat di dalam hutan ketika berkhemah. Sewaktu mencari jalan pulang, mereka dengan tidak sengaja telah masuk ke dunia lain yang diancam oleh seekor raksasa.

Telefilem ini dibintangi oleh Muhd Shahidan, Ebenezar Ravyn Das, Chong Bao Quan, Sweet Farhanna Qismina dan Ahmad Dinie Juri. Ia diarahkan oleh S.Balachandran dan diterbitkan oleh cCubeTV Sdn Bhd. Untuk rekod, telefilem ini pernah ditayangkan pada 23 Disember 2016, 8 Disember 2017, 4 Ogos 2018 dan 29 November 2019 yang lalu di TV2.

Info Telefilem

  • Genre: Fantasi, Pengembaraan
  • Tarikh Tayangan: 14 Jun 2020 (Ahad)
  • Waktu Siaran: 10.00 – 12.00 tengah hari
  • Stesen TV: TV2 (RTM)
  • Penulis Skrip: Mohd Rahhiemi
  • Idea Asal: S.Balachandran / Muhamad Amirul Muttaqin
  • Pengarah: S.Balachandran
  • Produksi: cCubeTV Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Muhd Shahidan, Ebenezar Ravyn Das, Chong Bao Quan, Farhanna Qismina, Ahmad Dinie Juri

Sinopsis Jalan Belakang Rumah

Mengisahkan tentang pengembaraan tiga orang sahabat ke dunia fantasi ‘Agrasia’ bagi menggalas satu misi untuk kembali ke zaman asal. Tiga orang sahabat baik iaitu Ian, Ping dan Ruben pergi berkhemah di dalam hutan. Ketika di hutan, mereka bertiga telah menjumpai sebuah rumah usang dan secara tidak sengaja telah termasuk ke dalam rumah usang tersebut.

Tiba-tiba mereka diancam oleh seekor raksasa jahat dan cuba berlari menyelamatkan diri. Mereka cuba untuk mencari jalan keluar dari rumah itu namun tersesat dan keluar melalui pintu belakang rumah usang tersebut. Keluar sahaja dari pintu itu, mereka telah memasuki alam fantasi yang penuh misteri dan menggalas satu misi untuk kembali ke zaman asal.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: