Langgan newsletter kami!
Heri Bota (TV1)

Telefilem Heri Bota (TV1)

Sebuah telefilem berjudul Heri Bota akan ditayangkan pada hari ini, Sabtu, 6 Jun 2020 jam 9.00 malam di TV1 RTM. Telefilem yang bakal menghiasi Slot Panggung RTM ini dibintangi oleh Aedy Ashraf (sebagai Heri), Norkhiriah, Kazar Saisi, Hamdan Senario dan ramai lagi. Ia diarahkan oleh M. Hafiez Othman dan diterbitkan oleh Padi Pictures.

Info Telefilem

  • Tarikh Tayangan: 6 Jun 2020 (Sabtu)
  • Waktu Siaran: 9.00 – 11.00 malam
  • Stesen TV: TV1
  • Slot: Panggung RTM
  • Pengarah: M. Hafiez Othman
  • Produksi: Padi Pictures Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Aedy Ashraf, Norkhiriah, Kazar Saisi, Hamdan Senario, Dewa Sapri, Delimawati, Arja Lee, Pak Chu

Sinopsis Heri Bota

Mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Heri. Disebabkan abah / ayahnya yang selalu memandang rendah terhadap dirinya, Heri dengan tanpa berfikir panjang nekad meninggalkan kampung halaman untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Setelah setahun berlalu, seluruh penduduk kampung Bota terkejut apabila wajah Heri terpampang di dada akhbar sebagai seorang pelakon.

Pada masa yang sama abah meminta Heri pulang ke kampung. Sebelum pulang ke kampung Heri telah bertemu dengan sahabat baiknya, Peng Liong dan Muniandy. Yang pasti, pertemuan dengan Rizal telah mengubah kehidupan Heri! Tapi benarkah Heri bekerja sebagai pelakon semasa di Kuala Lumpur? Sama-sama kita saksikan kesudahan kisah telefilem menarik ini.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: