Langgan newsletter kami!
Eyka Farhana Cantik Bertudung Litup

Telefilem “Kerana” (TV2 RTM) – Kisah Seorang Gadis Psiko

Kerana” adalah sebuah telefilem terbaru di TV2 RTM lakonan aktres cantik Eyka Farhana. Telefilem ini akan ditayangkan pada 15 November 2019, jam 9.30 malam. Ia membawakan kisah berkaitan tekanan perasaan seorang gadis yang seterusnya membawa kepada jenayah yang tidak pernah dijangka.

Perasaan dendam yang mula menguasai dirinya menyebabkan gadis ini mengalami tekanan perasaan. Beliau mula melakukan jenayah berat akibat kegagalan mengawal emosi sehingga mengalami gangguan psikologi.

Hakikatnya kisah ini amat dekat dengan masyarakat kita pada hari ini yang saban hari ada sahaja berita atau isu tentang masalah tekanan perasaan. Situasi ini adakalanya tidak pernah terjangka sama sekali berlaku malah lebih membimbangkan ianya terjadi kepada individu yang selama ini nampak sihat pada luarannya.

Info Telemovie

  • Tarikh Tayangan: 15 November 2019 (Sabtu)
  • Waktu Siaran: 9.30 malam
  • Stesen TV: TV2 RTM
  • Senarai Pelakon: Eyka Farhana, Hazman Al Idrus, Jasmin Hamid, Idris Mat Diah, dan Beego

Watak Pelakon

Sinopsis Telemovie Kerana

Mengisahkan tentang watak utama iaitu Husna, yang tinggal bersama ibu tirinya, Azizah yang mempunyai dua orang anak iaitu Akil dan Fatimah selepas kematian ayahnya.

Malangnya beliau dilayan dengan kasar oleh adik-beradik tirinya, Azizah dan Akil. Malah lebih malang lagi bila mana Akil mula mengambil kesempatan dengan merogol Husna bukan sekali tetapi beberapa kali.

Husna nyata tertekan dengan peristiwa tersebut dan akhirnya bertindak di luar jangkaan dengan membunuh Akil. Azizah pula hairan dengan kehilangan Akil yang tidak dapat dikesan selepas beberapa hari.

Sementara itu Fatimah akhirnya membocorkan rahsia mengatakan ibunya, Azizah yang membunuh ayah Husna. Akibat terlalu marahkan Azizah, Husna juga membunuh Azizah dan kemudian melarikan diri.

Sementara itu Edry terjumpa dengan Husna yang pengsan di taman sewaktu beliau melarikan diri. Semenjak peristiwa itu, mereka selalu berjumpa dan akhirnya jatuh cinta. Edry dan Husna kemudiannya telah mengambil keputusan untuk berkahwin.

Kebahagiaan yang dikecapi Husna tersentak apabila beliau melihat Edry bersama perempuan lain. Sebenarnya perempuan itu merupakan isteri pertama Edry dan Husna tidak dapat menerima hakikat yang beliau sebenarnya bermadu.

Husna membuat rancangan untuk menyambut kepulangan Edry di rumah selepas balik bekerja dan kemudian membunuh Edry untuk melepaskan rasa dendamnya. Husna kemudiannya menyerah diri pada pihak polis dan hasil pemeriksaan hospital mengesahkan yang beliau mengalami gangguan psikologi. Lalu apakah kesudahan dalam hidup Husna?

Bagi penonton yang tidak sempat untuk menonton di kaca TV, bolehlah menonton menerusi portal online, TV2 Myklik RTM.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: