Langgan newsletter kami!
Rindu Yang Terlarang (Astro Ria)

Rindu Yang Terlarang (Astro Ria)

Rindu Yang Terlarang adalah sebuah drama rantaian terbaru yang akan ditayangkan di saluran Astro Ria dan Ria HD pada 26 November 2019. Drama yang menghiasi Slot DramaVaganza ini adalah hasil adaptasi daripada novel karya Umie Nadzimah.

Drama sebanyak 20 episod ini membariskan gandingan pelakon Fikry Ibrahim dan Zahirah Macwilson selain pelakon lain seperti Amyza Aznan, Sahronizam Noor, Mat Over, Kartina Aziz dan Jalil Hamid. Ia diterbitkan oleh Zeel Production dan diarahkan oleh Rashid Sibir.

Info Drama

  • Episod: 20 episod
  • Tarikh Tayangan: 26 November 2019
  • Waktu Siaran: Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 hingga 8.00 malam
  • Stesen TV: Astro Ria (Slot DramaVaganza)
  • Pengarah: Rashid Sibir
  • Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Fikry Ibrahim, Zahirah Macwilson, Amyza Aznan, Sahronizam Noor, Mat Over, Kartina Aziz, Jalil Hamid

Watak Pelakon

  • Fikry Ibrahim sebagai Iz
  • Zahirah Macwilson as Ainnur
  • Amyza Aznan sebagai Puan Ilah
  • Sahronizam Noor sebagai Adnan
  • Mat Over sebagai Encik Fazlan
  • Kartina Aziz sebagai Puan Rohana
  • Jalil Hamid sebagai Tok Wan (Atuk Ainnura)

Sinopsis Rindu Yang Terlarang

Drama ini mengisahkan tentang sebuah kisah cinta yang terlarang disebabkan pergaduhan keluarga. Iz dan Ainnur bercinta sejak di bangku sekolah lagi dan mahu berkahwin di usia muda. Namun, cinta mereka mendapat tentangan daripada keluarga yang saling berdendam akibat sengketa perebutan hak milik tanah.

Dek kerana permintaan mereka tidak direstui oleh keluarga. Iz dan Ainnur membuat keputusan untuk berkahwin secara rahsia dengan restu dari Tok Wan, atuk Ainnura. Mereka hidup bahagia sehinggalah rahsia mereka terbongkar. Kedua-dua keluarga berusaha memisahkan rumahtangga anak-anak mereka. Akhirnya, Iz terpaksa menceraikan Ainnur dan membawa haluan masing-masing.

Setelah beberapa tahun berlalu, mereka bertemu kembali. Iz kembali berusaha untuk merebut hati Ainnur. Namun Ainnur terpaksa keraskan hati kerana tidak mahu perkara lama berulang kembali. Sementelah dia telah mempunyai Fawwaz dalam hidupnya. Hati Ainnur masih inginkan Iz cuma Ainnur memberi syarat, sekiranya mereka ingin bersama semula, keluarga mereka hendaklah berbaik semula.

Berjayakah usaha mereka dan mampukah dua keluarga yang bermusuh akan kembali berdamai?

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: