Langgan newsletter kami!
Telefilem Nurul Najwa (TV1)

Telefilem Nurul Najwa (TV1)

Sebuah lagi telefilem menarik sempena Hari Ibu akan ditayangkan pada hujung minggu ini, Sabtu, 9 Mei 2020 di TV1 RTM. Telefilem bertajuk Nurul Najwa akan menghiasi Panggung RTM pada jam 10.00 malam nanti.

Ia membariskan aktor dan aktress veteren tanahair seperti Vanidah Imran dan Faizal Hussein di samping barisan pelakon lain seperti Intan Najuwa, Bella Dowanna, Izzya Reen dan Shaida Ali. Telefilem ini diarahkan oleh Hasnul Suhadi dan diterbitkan oleh produksi Maficomm Resources Sdn Bhd.

Info Telefilem

  • Tarikh Tayangan: 9 Mei 2020 (Sabtu)
  • Waktu Siaran: 10.00 – 12.00 malam
  • Stesen TV: TV1
  • Slot: Panggung RTM
  • Penulis Skrip: Najmie Maziez Mazelan
  • Pengarah: Hasnul Suhadi
  • Produksi: Maficomm Resources Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Vanidah Imran, Intan Najuwa, Faizal Hussein, Bella Dowanna, Izzya Reen, Shaida Ali

Sinopsis Telefilem Nurul Najwa

Mengisahkan tentang Najwa yang merupakan seorang kaunselor di sebuah pusat pemulihan akhlak. Beliau memilih haluan tersebut selepas bercerai dengan suaminya, Sulaiman yang menghalangnya untuk menjaga anak perempuan mereka, Fatin yang berusia 3 tahun ketika itu. Najwa disayangi oleh pelatih di pusat pemulihan dan dipanggil sebagai ‘ibu’ oleh mereka seiring dengan kasih sayang yang dicurahkannya.

Kisah seterusnya bermula apabila Najwa menerima pelatih baru iaitu Fatin yang bermasalah dengan ketagihan dadah. Najwa mula rapat dengan Fatin demi mendalami masalah yang dihadapinya sepertimana rutin kebiasaan yang dilakukan pada pelatih baru. Najwa merasakan dirinya dengan Fatin seperti cukup rapat dan mula memeriksa fail peribadi Fatin.

Beliau tergamam apabila mengetahui bahawa Fatin adalah anak kandungnya. Najwa seterusnya menerangkan hal yang sebenar pada Fatin. Fatin sering mengalami ketagihan semasa dalam proses pemulihan dan Najwa sentiasa bersama Fatin untuk melawan rasa ketagihan tersebut.

Fatin kecewa kerana ayahnya tidak pernah melawat beliau di pusat pemulihan. Atas nasihat Najwa, Sulaiman akhirnya sedar tentang sikap egonya dan segera bertemu Fatin di pusat pemulihan. Fatin nyata gembira selepas ayahnya meminta maaf pada ibunya atas sikapnya selama ini dan mereka mengharapkan agar menemui kebahagiaan suatu ketika nanti.

Namun masihkah ada ruang bahagia buat keluarga mereka? Dapatkah Fatin menerima kekhilafan ibu dan ayahnya yang sekaligus memisahkan dirinya dengan apa yang dipanggil bahagia? Sama-sama kita saksikan kesudahan kisah dalam telemovie Nurul Najwa.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: