Langgan newsletter kami!
Tragedi Balik Kampung (TV3)

Tragedi Balik Kampung (TV3)

Sebuah telefilem berjudul Tragedi Balik Kampung akan ditayangkan pada hujung minggu ini, Sabtu, 9 Mei 2020 jam 9.00 malam melalui Slot Cerekarama TV3. Telefilem komedi seram ini diarahkan oleh Dato Eizlan Yusof dan dilakonkan oleh Syazwan Zulkifli, Ungku Hariz, Zee Zainal, Ropie dan ramai lagi. Selamat menonton!

Info Telefilem

  • Genre: Seram, Komedi
  • Tarikh Tayangan: 9 Mei 2020 (Sabtu)
  • Waktu Siaran: 9.00 – 11.00 malam
  • Stesen TV: TV3
  • Slot: Cerekarama
  • Penulis Skrip: Norazwanizam Awang
  • Pengarah: Dato Eizlan Yusof
  • Produksi: Enuja Production Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Syazwan Zulkifli, Ungku Hariz, Zee Zainal, Ropie, Sharifah Husna, Syafi Tee, Razzuan Rosli

Sinopsis Tragedi Balik Kampung

Mengisahkan tentang tiga sahabat iaitu Amir, Pian dan Lan yang terpedaya apabila mereka terbeli tiket palsu untuk pulang ke kampung pada hari raya. Mereka bernasib baik apabila ada jiran yang sudi pinjamkan van jenazah kepada mereka untuk balik kampung. Dalam perjalanan pulang ke kampung, terjadi kejadian seram serta tidak disangka.

Bagaimanakah kesudahan kisah yang membawa kepada tragedi ini? Sama-sama kita saksikannya nanti!

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: