Langgan newsletter kami!
Drama Alergi Mamat Romantik (TV Okey)

Drama Alergi Mamat Romantik (TV Okey)

Alergi Mamat Romantik adalah sebuah drama adaptasi novel yang akan bersiaran melalui TV Okey (RTM) pada bulan puasa 2020. Drama sebayak 20 episod ini dibintangi oleh pelakon cantik Zara Zya, Fadlan Hazim, Aprena Manrose, Syazwan Zulkifly, Jasper Supayah, Zera Hariz, Sazrin Aizul, Zalfa Zin, Puteri Khareeza, Zulkifli Ismail dan ramai lagi.

Drama karya Ezza Mysara ini diarahkan oleh Harris Fadzillah dan diterbitkan oleh produksi Country and Universal Sdn Bhd. Ia dijangka bersiaran pada setiap hari di bulan Ramadhan nanti.

Kemaskini
  • Drama ini akan mula ditayangkan mulai 24 Mei 2020, setiap hari, jam 10.00 malam

Info Drama

  • Episod: 20 episod
  • Tarikh Tayangan: 24 Mei 2020
  • Waktu Siaran: Isnin hingga Ahad, 10.00 malam
  • Stesen TV: TV Okey (RTM)
  • Penulis Novel: Ezza Mysara
  • Penulis Skrip: Sofia Rhyland
  • Pengarah: Harris Fadzillah
  • Produksi: Country and Universal Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Zara Zya, Fadlan Hazim, Aprena Manrose, Syazwan Zulkifly, Jasper Supayah, Zera Hariz, Sazrin Aizul, Zalfa Zin, Puteri Khareeza, Zulkifli Ismail

Watak Pelakon

Sinopsis Alergi Mamat Romantik

Mengisahkan tentang Nurul Kaisara, iaitu seorang penulis novel yang alergi dengan lelaki romantik. Kaisara merahsiakan identitinya sebagai seorang penulis novel. Diugut oleh Arjuna peguam baru ditempat kerjanya, Kaisara terpaksa mengajar Arjuna untuk menjadi lelaki romantik macam hero dalam novelnya kerana kononnya Arjuna mahu menjadi romantik untuk kekasihnya yang sedang belajar di luar negara.

Ketika sedang belajar menjadi romantik, Arjuna cuba memikat Kaisara. Kaisara cuba menidakkan rasa yang mula muncul dalam hatinya. Kaisara dan Arjuna akhirnya berkahwin dan ujian datang melanda. Tanpa kurniaan seorang anak, Kaisara merasakan dirinya kekurangan sehingga menyuruh suaminya berkahwin lain. Adakah Arjuna sanggup menduakan isterinya? Kaisara pula ikhlaskah dirinya mahu dimadukan? Ikuti kesudahannya dalam drama bersiri ini.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: