Tilam Lama Tukar Baru adalah sebuah telefilem kanak-kanak yang dibintangi oleh Indah Emeerlda dan Duerra Mitilda. Ia bakal ditayangkan pada 14 September, Sabtu jam 9.30 malam di TV3.

Info Telefilem Tilam Lama Tukar Baru

  • Waktu Tayangan: 14 September 2019 (Sabtu), jam 9.30 malam
  • Stesen TV: TV3 (Slot Cerekarama)
  • Produksi: ZK Creative Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Indah Emeerlda, Duerra Mitilda, Habiel Lutfillah, Roger Shak, Krishvin, Amar Asyraf, Idris Mat Diah

Sinopsis Telefilem Tilam Lama Tukar Baru

Mengisahkan tentang lima sahabat baik iaitu Aiman, Nuara, Tiara, Ramu dan Stanley menjumpai tilam lama yang ditinggalkan oleh pemandu lori. Tanpa disedari, ada duit yang banyak tersorok dalam tilam dan terselit sepucuk surat. Apa yang perlu mereka lakukan apabila menjumpai duit tersebut? Bagaimana kesudahan kisah ini?

Carian Berkaitan: pelakon tilam lama tukar baru