Langgan newsletter kami!

Tips Kecantikan Luaran dan Dalaman

tips-wanita-cantikSebut sahaja tentang kecantikan, sememangnya ia cukup sinonim dengannya perempuan. Perempuan dan perempuan seperti tidak dapat dipisahkan dengan kecantikan. Ini adalah kerana sifat lumrah perempuan itu sendiri yang dianugerahkan kecantikan, dan yang menyukai kecantikan. Boleh dikatakan hampir semua perempuan sentiasa mementingkan kecantikan, baik kecantikan luaran mahupun dalaman. Mereka lebih prihatin jika dibandingkan dengan lelaki. Kecantikan bagi perempuan penting supaya kekal menawan, anggun dan menjadi tarikan. Di sini terdapat beberapa perkara yang dapat diamalkan untuk mengekalkan kecantikan luaran dan dalaman antaranya ialah:

Menjaga Kecantikan Semulajadi
Kecantikan luaran dengan alat solek yang tebal semata-mata sahaja tidak akan kekal lama. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan objektif hidup, jangan banyak berangan-angan. Tidur dengan cukup dan sentiasa bangun awal pagi serta elakkan tidur di siang hari dengan tempoh yang lama dapat mengekalkan kecantikan semulajadi.

Menjaga Suara
Belajar melatih diri bercakap dengan nada yang lembut dan tidak terlalu kuat. Biasakan menggunakan perkataan yang lembut contohnya ‘tolong’ serta ‘minta maaf’. Jangan menggunakan perkataan yang tidak baik atau menggunakan kata-kata kesat ataupun menyakitkan hati orang lain.

Menjaga Kulit
Banyakkan minum air masak, makan buah-buahan, sayur-sayuran dan ulam-ulaman segar. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit. Pilih sabun yang lembut dan tidak mengeringkan kulit. Untuk lebih berkesan, sapukan losyen pada kulit serta penyegar (toner) pada wajah anda.

Menjaga Kehormatan Diri
Elakkan dari berkawan dengan orang yang salah. Jagalah diri sewaktu keluar dari rumah. Berpakaian sopan, tidak seksi serta menampakkan aurat dan elakkan balik terlalu lewat ke rumah. Jaga maruah dan jangan bergurau keterlaluan dengan insan yang berlainan jantina.

Harap tips ini dapat membuatkan anda bertambah cantik.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: