Langgan newsletter kami!
Acne Jerawat Imej Kartun

Cara Cegah Jerawat Dengan Mudah

Jerawat bukan sahaja menyakitkan malah menjejaskan penampilan. Jerawat adalah perubahan pada kulit atau keradangan apabila kelenjar minyak pada kulit dijangkiti bakteria dan membengkak.

Jerawat bukan sahaja benjolan merah yang muncul pada kulit tapi jerawat terbahagi kepada beberapa jenis. Ada juga yang mengandungi nanah yang menyakitkan dan mengambil masa yang lama untuk hilang.

  • Whitehead – bintik putih yang biasa muncul pada kulit berminyak
  • Blackhead – bintik hitam terbentuk kerana kotoran dalam liang pori ditolak ke permukaan kulit
  • Papules – apabila tisu berhampiran pori yang tersumbat dijangkiti bakteria dan menyebabkan keradangan
  • Cyst – jerawat yang mengandungi nanah

Tips Cegah Jerawat

Bagaimana untuk mencegah kemunculan jerawat? Jom cegahnya dengan tips dari Stylecraze ini.

  • Cuci muka 2 kali sehari dengan air sejuk yang membantu menutup liang pori muka.
  • Jika masalah jerawat berlanjutan, guna krim berubat yang mengandungi benzoyl peroxide dan salicylic acid.
  • Gunakan masker muka sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk membersihkan pori.
  • Wap muka membantu membuka pori dan membantu menghilangkan jerawat dan bintik hitam dengan lebih berkesan.
  • Cuci span dan berus solekan yang selalu digunakan bagi membuang kotoran, minyak dan bakteria padanya.
  • Minum air 10-12 gelas setiap hari bagi menyingkirkan kotoran dari badan.
  • Elakkan dari memegang muka dengan kerap. Jika bercakap dengan telefon, jarakkan telefon dari muka. Ini bagi mengurangkan risiko bakteria dan kotoran dipindahkan dari tangan dan telefon ke muka dan seterusnya menyebabkan jerawat terbentuk.
  • Amalkan diet makanan yang kaya dengan sumber vitamin A, vitamin E, niacin dan zat besi.
  • Minum segelas air suam yang ditambah satu sudu teh madu dan jus limau nipis bagi menyingkirkan toksin dalam badan.
  • Pengambilan garam beriodin berlebihan menyebabkan letusan pembentukan jerawat dan bintik hitam. Garam berlebihan juga membuatkan berat badan bertambah. Jadi sila kurangkan kuantiti garam dalam pemakanan.
  • Jangan sekali-kali picit jerawat atau bintik hitam. Ini meningkatkan pembentukan sebum, menyebabkan bakteria lebih mudah tersebar dan jerawat semakin bertambah.

Jadi begitulah sedikit tips pencegahan jerawat. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari merawat. Semoga bermanfaat untuk diamalkan.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

2 comments

  1. Colour 'N' Curls

    It’s really nice, thanks for sharing these skin tips

  2. Beauty Salon Orbit

    Its beautifully written

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: