Langgan newsletter kami!

Tips Terbaik Mengurangkan Suhu Panas Dalam Rumah

Sejak kebelakangan ini, cuaca panas dengan suhu sangat tinggi telah menyebabkan ramai di kalangan kita berasa tidak selesa duduk di rumah walaupun pada waktu malam. Suhu yang kini boleh mencecah sehingga 40 darjah Celcius telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengarahkan sekolah-sekolah di beberapa negeri seperti Perlis dan Kedah ditutup kerana dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan.

Sebenarnya, bahang panas matahari yang terperangkap di dalam bumbung rumah akan menyebabkan haba kepanasan dirasai di dalam rumah, terutama di waktu siang. Jadi di sini saya akan kongsikan serba sedikit sedikit tips untuk mengurangkan suhu panas di dalam rumah. Walaupun kosnya agak tinggi namun percayalah yang ianya betul-betul berkesan dan berbaloi dengan pelaburan anda.

Pasang Ventilator Di Rumah

Alat untuk mengurang haba ini dipanggil ventilator. Terdapat dua jenis ventilator yang berada di pasaran iaitu turbine ventilator dan solar ventilator. Kedua-dua jenis ventilator ini memiliki fungsi yang sama iaitu mengalirkan haba keluar. Ramai di antara kita yang perasan alat ini dipasang di kilang, di kedai dan di restoran sedangkan ia sebenarnya boleh dipasang di rumah.

Fungsi Ventilator

Fungsi utama ventilator adalah menyedut dan mengeluarkan haba panas matahari yang terperangkap di dalam bumbung rumah supaya haba panas dalam bumbung itu tidak meresap masuk ke dalam rumah. Tanpa Ventilator bahang panas tersebut masih di rasai di dalam rumah walaupun kipas di pasang. Ini kerana kebanyakan rumah dibina tanpa mengambil kira faktor pengudaraan. Dengan penggunaan ventilator juga, udara di dalam rumah akan lebih segar dan nyaman, serta mencegah bauan udara di dalam bilik dan ruang tamu. Di samping itu, ia juga boleh mengurangkan habuk dan sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai penyakit asma.

Kelebihan Ventilator

Salah satu kelebihan ventilator ini adalah dapat menjimatkan bil penggunaan aircond ataupun penyaman udara kerana jika haba di dalam rumah dapat dikurangkan maka proses penyejukan aircond akan lebih cepat dan efisyen. Anda juga akan merasa lebih selesa di waktu malam kerana bahang panas tidak lagi dirasai dan seterusnya membuatkan anda selesa tidur. Anda juga akan berasa nyaman ketika berada di dalam rumah walaupun di waktu matahari panas terik. Di samping itu, ia juga eco-friendly dan dapat menyelamatkan bumi kita dari kesan rumah hijau. Penggunaan ventilator juga sangat mudah tanpa penyelenggaraan yang kerap seperti aircond.

Kos Ventilator

Ok, jadi berapakah kos untuk pasang alat ini? Ianya tidakla semahal harga aircond, namun anda boleh cuba survey di kedai-kedai elektrik. Terdapat pelbagai model yang boleh dipilih. Pilihlah yang mana bersesuaian dengan rumah anda dan bajet anda. Jika ianya sedikit mahal, apa salahnya buat pelaburan sedikit untuk keselesaan keluarga.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. Idea yang menarik. Saya lebih menekankan kepada menolak haba yang terserap ke dalam rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: