Berikut adalah adab-adab bersahabat mengikut Islam:

  • Memulakan memberi salam ketika bertemu dengan sahabat
  • Mendahulukan sahabat dalam memberi pertolongan
  • Mengutamakan sahabat dalam memberi hadiah atau harta kepadanya
  • Memberi perhatian apabila sahabat berkata-kata
  • Menghormati orang tua sahabat dan sanak saudaranya
  • Menjaga rahsia sahabat
  • Menutup aib sahabatnya kalau diketahuinya
  • Menyampaikan pujian orang lain kepada sahabatnya
  • Memuji sahabatnya dengan pujian yang tidak melampau
  • Meninggalkan perbalahan dengan sahabat
  • Memanggil sahabat dengan nama yang disukainya
  • Suka memaafkan kesilapannya
  • Selalu berterima kasih kepada sahabat
  • Memberi nasihat jika dia tersalah
  • Tidak suka membebankan sahabat
  • Menyatakan rasa suka apabila sahabatnya suka
  • Menunjukkan rasa sedih bila sahabatnya bersedih
  • Mendoakan sahabat ketika dia itu masih hidup atau telah mati
  • Mengekalkan hubungan terhadap keluarga sahabat selepas kematian sahabat itu