Langgan newsletter kami!
Mentor Milenia 2019 Logo

Tonton Online: Mentor Milenia 2019 (Live)

Mentor Milenia 2019 adalah sebuah program realiti untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang seni suara. Pelbagai kelainan diperkenalkan pada musim ketiga ini antaranya ialah kehadiran penyanyi Stacy dan Ernie Zakri sebagai mentor buat kali pertama. Ia juga mengekalkan Black, Hazama dan Akim sebagai mentor dari musim sebelumnya.

Di samping itu, MM2019 juga mengetengahkan konsep dan format baru di mana seramai 20 peserta yang dipilih melalui sesi uji bakat akan berentap terlebih dahulu. Para mentor seterusnya akan memilih hanya dua orang protege yang diinginkan mereka.

Format pemarkahan dibahagikan kepada 60% markah dari pihak juri dan 40% markah pula dari undian awam. Juri profesional untuk edisi kali ini ialah Altimet dan Datuk Syafinaz.

Juara Mentor Milenia 2019 akan menerima hadiah wang tunai serjumlah RM100,000 berserta trofi dan bakal mendapat lagu debut ciptaan salah seorang komposer ternama Malaysia. Juara juga akan menerima waktu promosi di TV dan radio bernilai RM500,000 dan satu slot dokumentari pendek kisah mereka di sepanjang perjalanan Mentor Milenia untuk disiarkan di channel YouTube TV3.

Untuk informasi lebih terperinci dan senarai peserta, boleh rujuk artikel tentang Mentor Milenia 2019 sebelum ini.

Senarai Mentor dan Protege Mentor Milenia 2019

  • Akim – Sharee Lopes, Ryan Que
  • Black – Bulan (aka Sean Asyraf), Aedy Kama
  • Ernie Zakri – Daus Husny, Yazrul Arrep
  • Hazama – Arayn Malek, Apex Tajudin
  • Stacy – Rika Riana, Remy Manaf

Tonton Mentor Milenia 2019 LiveĀ  (Episod Penuh)

Sila klik link di bawah untuk menonton melalui Youtube. Kualiti video adalah dalam format HD (720p / 1080p).

Link akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Jadi, jangan lupa tekan Ctrl-D untuk bookmark page ini!

“Tunjuk Ajarku Sifu!”

Semoga terhibur dan selamat menonton!

Penafian: Pihak kami tidak memuatnaik atau menghos video-video di atas. Kami hanya membuat pautan ke atas video-video sedia ada yang diterbitkan untuk tontonan awam di Youtube atau mana-mana laman penyedia video / streaming.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: