Ally Iskandar Berkahwin, Buat Kali Ke-2

Ally Iskandar Dan Isteri Baru

Selepas menduda hampir tiga tahun, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 43 tahun, mengakhiri zaman duda apabila berkahwin dengan seorang wanita bernama Marlina Ibrahim pada Sabtu yang lalu. Ally selamat bergelar suami kepada Marlina dengan sekali lafaz sahaja.

Menerusi gambar yang tersebar di laman sosial, pengacara rancangan Malaysia Hari Ini itu mengenakan persalinan berwarna putih sedondon dengan isterinya. Ally Iskandar dan isteri dinikahkan dalam sebuah majlis yang diadakan di Temerloh, Pahang dengan mas kahwin bernilai RM22.50 dan senaskah Al-Quran. Tahniah diucapkan dan semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Untuk rekod, Ally pernah bergelar suami kepada Nur Farahin Romli atau Farah Lee pada 20 Januari 2012. Namun pasangan Ally dan Farah berpisah pada 17 Ogos 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel yang kini berusia lima tahun.

Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Ally Iskandar

Ally Iskandar Dan Isteri Baru Ally Iskandar Nikah Lagi Foto Ally Iskandar Berkahwin Buat Kali Ke 2 Gambar Majlis Ally Iskandar Berkahwin Buat Kali Ke 2

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Biodata Anissa Faizul, Social Media Influencer Dari Kelantan
Siapakah Anissa Faizul? Gadis cantik yang berasal dari Kelantan ini sangat dikenali di
Biodata Cik B, Anak Dato Seri Vida
Baru-baru ini viral di laman sosial kisah tentang Cik B yang mengeluarkan wang
BoBoiBoy The Movie 2 – Sinopsis & Tarikh Tayangan
BoBoiBoy: Movie 2 adalah filem yang sangat dinantikan oleh penggemar animasi pada tahun
Biodata Syahmi Sazli, Youtuber Popular Dari Kelantan
Jika anda selalu menonton video di Youtube, anda pasti akan kenal dengan jejaka

Leave a reply "Ally Iskandar Berkahwin, Buat Kali Ke-2"