Biodata Ain Edruce, Host Cantik MBuzz

Gambar Ain Edruce

Jika anda menonton rancangan MBuzz yang bersiaran selama dua minit selepas Buletin Utama di TV3, pastinya anda mengenali pengacara cantik dan tinggi lampai bernama Ain Edruce ini.

Walaupun masih hijau dalam dunia pengacaraan, anak jati Terengganu ini turut melebarkan sayapnya dalam bidang peragaan sebagai model sambilan dan lakonan.

Jom kita berkenalan dengan pengacara cun melecun ini.

Biodata Ain Edruce

  • Nama Penuh: Nurain Edruce
  • Nama Komersil: Ain Edruce
  • Tarikh Lahir: 4 Ogos 1991
  • Umur: 26 Tahun (2017)
  • Asal: Terengganu
  • Keluarga: Anak keempat daripada lima adik-beradik
  • Kerjaya: Pengacara, Model dan Komposer
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Status: Bujang
  • Rancangan TV: Tumit Tinggi, MBuzz, Mad Markets, Girls Only Show, Dari Bilik Sebelah (Anugerah Melodi 2016) dan Karpet Merah Anugerah Skrin (ASK) 2016.
  • Facebook: facebook.com/nurulain.edruce
  • Twitter: twitter.com/ainedruce
  • Instagram: instagram.com/ainedruce

Trivia Menarik Ain Edruce

  • Seorang yang happy go lucky, gila-gila dan petah berkata-kata.
  • Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Komposisi Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
  • Pandai bermain gitar dan mengubah lagu.
  • Program ‘Girl Only Show’ yang disiarkan di saluran Hypp Inspirasi (Hypp TV) merupakan rancangan pertama yang dikendalikannya.
  • Pernah menghasilkan lagu raya bertajuk Inspirasi Syawal dan disiarkan di saluran Hypp TV.
  • Pernah bekerjasama dengan pereka fesyen tanah air seperti Hatta Dolmat dan Ana Ali.
  • Mengamalkan gaya hidup sihat dengan minum teh hijau untuk kekal cantik dan langsing.
  • Sangat obses dengan Taylor Swift.
  • Menjadi salah seorang peserta program terbitan TV9 iaitu Lari:Misi Mr X bersama-sama selebriti tempatan seperti Mark Adam, Atu Zero dan Nonny Nadirah.
  • Dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan adik kepada Elfira Loy iaitu Ezzrin Loy.
  • Memenangi Zalora Style Awards 2016 bagi kategori Female Style Star.
  • Mempunyai lebih 50,000 pengikut di Instagram miliknya.

Ain Edruce Mempromosi Breast Cancer Awareness

Ain Edruce Bersama Ezzrin Loy

Ain Edruce Dan Elfira Loy

Ain Edruce Pengacara MBuzz

Ain Edruce Sopan Mengenakan Busana Muslimah

Cantiknya Gadis Bernama Ain Edruce

Gambar Ain Edruce Bertudung

Wajah Cantik Natural Beauty Ain Edruce


Carian Berkaitan

ain edruce, biodata ain edruce, ain edruce dan ezzrin loy, ain edruce biodata

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Ain Edruce #Ain Edruce Biodata #Ain Edruce MBuzz #Biodata Ain Edruce

Biodata Adiba Yunus, Pelakon Yang Kini Tampil Bertudung
Adiba Yunus atau nama penuhnya Siti Adibah binti Yunus adalah seorang pelakon yang
Biodata Fatin Husna, Popular Kerana Smule
Siapa Fatin Husna? Nama Fatin Husna atau lebih mesra dipanggil Una sememangnya masih
Biodata Kayda Aziz, Anak Perempuan Sheila Majid
Sejak penampilan Kayda Aziz dalam drama terbaharu Astro bertajuk Mr Grey sebagai pelakon tambahan,
Biodata Scha Elinnea, Pelakon Cantik Drama Mr Grey
Anda kenal siapa Scha Elinnea ini? Gadis cantik ini adalah pemegang watak Nurul Jannah dalam

Leave a reply "Biodata Ain Edruce, Host Cantik MBuzz"