Biodata Mawar Rashid, Heroin Suamiku Paling Sweet

Mawar Rashid Bertudung

Walaupun masih setahun jagung dalam arena seni lakonan, mutu lakonan gadis bernama Mawar Rashid ini tidak boleh dipandang enteng. Masih baharu dan muda, namun anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini bersemangat dalam membina nama sebagai seorang selebriti.

Selepas kejayaan drama rantaian Tundukkan Playboy Itu, Mawar kini tampil dengan buah tangan terbaharunya iaitu Suamiku Paling Sweet yang telah ditayangkan di slot Akasia TV3 mulai 13 Februari 2017 lalu bergandingan bersama pelakon kacak, Syafiq Kyle dan pelakon cilik, Nik Adam Mikael.

Jom kita berkenalan dengan si cantik molek ini.

Biodata Mawar Rashid

  • Nama Penuh: Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid
  • Nama Komersil: Mawar Rashid
  • Tarikh Lahir:  3 April 1995
  • Umur: 22 tahun (2017)
  • Zodiak: Aries
  • Asal: Kelantan
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu (Berketurunan kacukan Melayu-Siam)
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Drama/Filem: Suamiku Paling Sweet, Tundukkan Playboy, 2000 KM Ke Al-Haram, Sabotaj, Rajuk, Super Gameboy, Usop Wilcha dan banyak lagi.
  • Pendidikan: Lulusan Diploma Pengurusan di Management & Science University (MSU)
  • Facebook: https://www.facebook.com/mawarashidfp
  • Twitter: https://twitter.com/mawarashid
  • Instagram: https://www.instagram.com/mawarashid
  • Keek: http://www.keek.com/profile/mawarashid

Trivia Menarik Mawar Rashid

  1. Seorang yang peramah, humble, setia, cheerful dan outgoing.
  2. Merupakan finalis Top 5 pertandingan Dewi Remaja 2014/2015.
  3. Sebelum menyertai Dewi Remaja, figura ini lebih dikenali menerusi video-video viralnya di saluran Keek.
  4. Namanya pernah hangat dalam industri hiburan tempatan disebabkan naif gara-gara tidak mengetahui apa itu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ketika menjadi peserta Dewi Remaja sehingga digelarkan oleh sesetengah netizen sebagai Bimbo.
  5. Merupakan BFF kepada Emma Maembong dan Erin Malek.
  6. Sangat menganggumi pelakon berkaliber tanah air, Fauziah Nawi dan Elly Suriati.
  7. Jika ada masa lapang, Mawar suka berkaraoke, menonton filem serta meluangkan masa bersama keluarga dan teman-teman.
  8. Selain fobia dengan lipas, Mawar sangat sukakan kucing namun mempunyai alahan kepada bulu haiwan tersebut.
  9. Menjalankan bisnes atas talian iaitu menjual kanta lekap berjenama sendiri iaitu Pureroselens di Instagram miliknya.
  10. Sehingga kini, Mawar mempunyai lebih 800 ribu pengikut di Instagram dan 20 ribu di Twitter miliknya.

Aksi Comel Mawar Rashid

Fesyen Bertudung Mawar Rashid

Gambar Mawar Rashid Pelakon Suamiku Paling Sweet

Mawar Rashid Gadis Malaysia Cantik Berhijab

Mawar Rashid Perempuan Melayu Cantik

Mawar Rashid Bertudung


Carian Berkaitan

biodata mawar rashid, mawar rashid biodata, gambar mawar rashid, suamiku paling sweet

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Mawar Rashid #Gambar Mawar Rashid Bertudung #Mawar Rashid Biodata #Mawar Rashid Profile #Suamiku Paling Sweet #Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid

Biodata Ungku Hariz, Pelakon dan Suami Jihan Muse
Sedar atau tidak, sudah hampir 10 tahun artis bernama Ku Hariz atau nama
Biodata Jaslin Puasa, Aktor Kacak Kelahiran Felda Sungai Mas
Biodata Jaslin Puasa | Lahir dari program Hero Remaja 2007/2008, nama Jaslin Puasa
Biodata Elly Arifin, Dari DJ Radio & Pengacara Ke Pentas Lakonan
Biodata Elly Arifin | Mengikuti langkah rakan sekerjanya iaitu Adriana Adnan, Eleena Sui
Biodata Ben Amir, Semakin Laris Di Arena Lakonan
Biodata Ben Amir | Penangan drama bersiri popular, Suri Hati Mr Pilot sedikit

Leave a reply "Biodata Mawar Rashid, Heroin Suamiku Paling Sweet"