Langgan newsletter kami!
Biodata Pengasa V'Asia Azril Radzi

Biodata Pengasas V’Asia, Datuk Dr Azril Mohd Radzi

Pengeluar produk kosmetik dan kesihatan berasaskan herba asli jenama V’Asia Cosmetic and Healthcare (V’Asia) adalah sebuah syarikat yang tidak asing lagi dalam bidang kecantikan dan kesihatan di Malaysia. Dengan jualan produk mencecah RM 100 juta, ia menjadi antara syarikat tempatan yang berjaya seperti Sendayu Tinggi dan Dherbs.

Namun masih ramai yang tidak tahu kisah di sebalik jenama produk serta siapakah pengasas V’Asia.

Biodata Pengasas V’Asia

  • Nama: Dato’ Dr Azril Mohd Radzi
  • Tarikh lahir: 30 Januari 1986
  • Umur: 31 tahun (2017)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Adik beradik: Anak ke-3 daripada 4 orang adik beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Pendidikan:
    ⁃ SRK Seksyen 6 Shah Alam
    ⁃ St James Brunei Darussalam
    ⁃ SMK Seksyen 9 Shah Alam
    ⁃ Universiti Kuala Lumpur (Ijazah Kejuruteraan Pesawat dan Elektrikal)
  • Status: Berkahwin (pada 23 April 2016)
  • Nama Isteri: Datin Balqish Banu Mohd Hussni, 23 tahun (finalis Nona Manis)
  • Syarikat: Aura One Resources (M) Sdn Bhd

Kisah Perniagaan Pengasas V’Asia

Dr Azril sememangnya minat dan melibatkan diri dalam bidang perniagaan sejak berusia 20 tahun ketika beliau masih menuntut di universiti.

Beliau menjadi agen kepada banyak jenama produk kecantikan lokal. Hasil usahanya itu, beliau berjaya mengumpulkan RM100,000.

Wang tersebut dijadikan modal pada tahun 2011 untuk beliau memulakan syarikatnya sendiri.

Produk pertama yang dihasilkan Dr Azril mencapai jualan jutaan unit, iaitu makanan tambahan untuk menguruskan badan dan mencantikkan kulit. Formula tersebut dicipta dengan bantuan seorang pakar teknologi makanan dan dihasilkan di kilang.

Kemudian, syarikat beliau mula menghasilkan kosmetik dan produk penjagaan kulit, minuman kesihatan, pencuci bahagian intim, produk penjagaan rambut dan juga pakaian dalam.

Kelebihan produk V’Asia terletak pada kualitinya yang bagus dan mampu dimiliki oleh setiap orang kerana harga yang bermula serendah RM11.90.

Selain faktor produk, kejayaan produk V’Asia turut dibantu oleh 120 stokis dan 10,000 ejen jualan di seluruh negara.

Produk V’Asia sudah menembusi beberapa pasaran luar seperti Brunei, Indonesia, Thailand dan Singapura.

Walaubagaimanapun, syarikat itu lebih fokus kepada pasaran tempatan memandangkan ia menerima sambutan yang menggalakkan daripada pengguna.

Kisah Peribadi Pengasas V’Asia

Dr Azril berkenalan dengan isterinya, Balqish ketika menghadiri program Nona Manis. Mereka berkahwin setelah mendalami hati budi masing-masing selama setahun.

“Pertemuan pertama kali kami di rumah Balqish dan saya menyatakan hasrat mahu berkawan dengan dia kepada ibu bapanya.

“Selepas beberapa bulan berkenalan, kami mahu hubungan lebih serius dan keluarga saya merisik Balqish pada 4 November 2015 yang lalu” – Dr Azril.

Balqish terpaut pada sikap Dr Azril yang bertanggungjawab dan rendah diri dan mengatakan bahawa beliau mempunyai semua ciri suami idamannya.

“Azril memiliki semua ciri suami idaman saya. Kami tidak pernah keluar berdua dan setiap kali berjumpa akan ditemani anggota keluarga,” – Balqish.

Datuk Azri V'Asia Dalam Wanita Hari Ini

Datuk Azril V'Asia Dengan Rangkaian Produknya

Gambar Datuk Azril Pengasas V'Asia Cosmetic

Gambar Isteri Pengasas V'Asia

Perkahwinan Dato Azril Pengasas V'Asia Cosmetic Dan Balqish Husni

Azril Mohd Radzi Bersama Astro Oasis

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

2 comments

  1. Boleh saya tahu datuk dr aznil ni pakar dalam bidang ape dan ape anugerah yang pernah beliau dapat?quick reply please

  2. boleh saya nak tanya siapa role model dia untuk menjadi usahawan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: