Biodata Syahmi Sazli, Youtuber Popular Dari Kelantan

Gambar Syahmi Sazli

Jika anda selalu menonton video di Youtube, anda pasti akan kenal dengan jejaka bernama Syahmi Sazli. Seiring dengan peredaran zaman dan teknologi, ramai anak muda telah menjadikan media sosial sebagai gedung menimba ilmu, berhibur malahan menjana pendapatan. Antara youtubers muda yang muncul bak cendawan ini termasuklah Syahmi Sazli, Alieff Irfan, Mr Kokom, Zukie dan ramai lagi.

Video pendek hasil karya Syahmi Sazli selalu saja trending di Youtube Malaysia. Video ringkas antara 5 – 10 minit yang dihasilkannya sangat santai namun penuh dengan mesej tersurat dan tersirat. Walaupun hampir semua video terbitannya adalah dalam loghat kelantan, namun ia menyertakan sekali subtitle bagi setiap video tersebut. Ini memudahkan penonton yang kurang faham akan loghat ‘kelate’ untuk sama-sama menikmati mesej yang ingin disampaikan.

Antara video terbaru Syahmi Sazli yang popular adalah siri Mael Totey dan Ronnie & Rongok yang turut dibintangi oleh Asif. Siapa pula Asif? Asif ialah seorang budak autisma yang pernah viral di Facebook dan Instagram suatu ketika dulu setelah menyanyikan lagu Rahmat Ekamatra yang berjudul Di Sini Kasihku Abadi dengan lirik rekaannya sendiri. Gelagat Asif yang spontan telah mencuit hati ramai viewers di IG dan FB.

Untuk rekod, Asif mula menjinakkan diri dalam lakonan pada tahun 2018 dalam video viral Syahmi Sazli yang berjudul Ujian Buat Lelaki sehinggalah sekarang. Asif juga mempunyai bakat dalam permainan tradisional seperti gendang yang dihadiahkan oleh pakciknya sendiri. Di samping itu, Asif juga mempunyai trademark tersendiri yang dikenali ramai iaitu “Jange Gura” (Jangan Bergurau).

Berbalik kepada kisah Syahmi Sazli, beliau mula berkecimpung dalam bidang pembikinan video pendek pada tahun 2016. Sejak itu, beliau sentiasa mencari jalan dan menimba ilmu dalam meningkatkan kualiti video yang dihasilkan. Syahmi juga terpaksa meyakinkan ibubapanya bahawa inilah bidang yang digemarinya walaupun ketika itu masih menuntut dalam bidang kejuruteraan di sebuah pusat pengajian tinggi.

Selepas semakin berjaya dan memperolehi pendapatan yang stabil, Syahmi telah berkahwin dengan gadis cantik bernama Anissa Faizul yang juga berasal dari Kelantan. Hasil perkahwinan di usia muda, pasangan ini telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan pada awal tahun ini.

Biodata Syahmi Sazli

  • Nama: Syahmi Sazli
  • Panggilan: Syahmi / Mie
  • Asal: Kampung Gertak Kechupu, Kota Bharu, Kelantan
  • Tarikh Lahir : 23 Mac 1997
  • Umur: 22 Tahun (2019)
  • Adik-Beradik: Anak kedua daripada lima beradik
  • Status: Berkahwin
  • Nama Isteri: Anissa Faizul
  • Nama Anak: Ainul Mardhiah
  • Bangsa: Melayu
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan:
    – Sultan Ismail College, Kota Bharu
    – Diploma Kejuruteraan Elektrik
    – Ijazah Sarjana Muda Jurusan Kejuruteraan (tidak sempat menghabiskan pengajian kerana memberi fokus kepada penghasilan video)
  • Kerjaya: Youtubers, Influencer dan Usahawan
  • Nama Syarikat: Syahmi Sazli Production SDN BHD (1316999-U)
  • Youtube Channel: @SyahmiSazli
  • Instagram: @syahmisazli dan @syahmisazliproduction
  • Facebook: @syahmisazli.production
Foto Kahwin Syahmi Sazli

Foto Kahwin Syahmi Sazli

Gambar Keluarga Syahmi Sazli, Isteri Dan Baby

Gambar Keluarga Syahmi Sazli, Isteri Dan Baby

Gaya Santai Fesyen Syahmi Sazli

Gaya Santai Fesyen Syahmi Sazli

Pasangan Remaja Syahmi Sazli Youtubers Popular

Pasangan Remaja Syahmi Sazli Youtubers Popular

Syahmi Sazli Dan Asif

Syahmi Sazli Dan Asif

Syahmi Sazli Penyokong Liverpool

Syahmi Sazli Penyokong Liverpool

Pendapatan Syahmi Sazli

Ramai juga peminat yang bertanya “boleh jana duit ke buat video Youtube?” Jawapannya tentulah boleh. Bukan sahaja Syahmi, Dato Aliff Syukri juga pernah menunjukkan cek bernilai RM50K hasil video yang dihasilkannya suatu masa dahulu. Paparan iklan Google Adsense yang dipaparkan semasa video ditayangkan akan memberikan hasil kepada pemilik video tersebut. Maksudnya, semakin kerap tontonan maka semakin tinggilah pendapatannya.

Jadi kami telah cuba untuk mendapatkan anggaran pendapatan Syahmi Sazli melalui Youtube. Di bawah adalah hasil cerapan kami di Youtube dan mendapati purata pendapatan bulanan channel Youtube Syahmi Sazli adalah sekitar $1,700 – $27,600 USD sebulan. Wow! Jika ditukarkan kepada Ringgit Malaysia boleh mencecah sehingga 1.6 juta ringgit setahun! Tetapi itu hanyalah anggaran dan jumlah pendapatan di Youtube boleh berubah mengikut berapa harga yang sangup dibayar oleh pengiklan untuk memaparkan iklan semasa tayangan video tersebut.

Pendapatan Syahmi Sazli

Di samping pendapatan dari Google Adsense, Syahmi Sazli juga memperolehi pendapatan melalui penajaan dan review produk. Masyukkkk.. bak kata orang kita. Apa-apapun, kami ucapkan selamat maju jaya buat Syahmi. Semoga ia menjadi kisah dan inspirasi untuk diteladani oleh anak muda kita.


Carian Berkaitan
syahmi sazli, syahmi sazli biodata, youtube syahmi sazli foto di google malaysia, asif kelantan

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Drama Syurgaku Tak Sempurna 2 (Unifi TV)
Syurgaku Tak Sempurna 2 adalah sekuel drama dari siri sebelum ini. Ia ditayangkan
Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik (Astro)
Satu lagi telefilem bakal bersiaran di saluran Astro Citra dan Citra HD pada
Biodata Jasper Supayah, Selebriti Kacukan Chindian
Siapakah Jasper Supayah? Gadis cantik ini adalah seorang pelakon, penyanyi dan model wanita
Tonton Filem Hantu Bungkus Ikat Tepi (1080p) Secara Online
Hantu Bungkus Ikat Tepi adalah sebuah filem komedi seram yang diarahkan oleh pengarah

Leave a reply "Biodata Syahmi Sazli, Youtuber Popular Dari Kelantan"