Cara Memutihkan Gigi Paling Mudah

Gigi Putih

Gigi yang putih dan bersih merupakan idaman setiap orang. Bukan sahaja ia nampak cantik malahan memiliki gigi yang putih juga dapat meningkat kepercayaan diri dan lebih confident ketika berbicara dan berhadapan dengan orang lain.

Untuk mendapatkan gigi putih bersih, ramai orang sanggup berhabis ratusan ringgit malahan ribuan ringgit sekalipun demi mendapatkan rawatan gigi ini. Ada juga yang mencuba produk di pasaran seperti ‘Whitening Toothpaste’ dan yang lebih bersifat konsentrasi seperti ‘Optic White’. Di samping itu, ada juga klinik pergigian yang menawarkan perkhidmatan ‘teeth whitening’ yang tentunya lebih mahal harganya.

Tetapi tahukah anda, terdapat cara memutihkan gigi secara alami dan semulajadi yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan hasil yang serupa. Jika anda kekurangan bajet, boleh cuba cara seperti di bawah. Apa yang diperlukan cuma konsistensi dan kekerapan yang berterusan.

Cara Memutihkan Gigi

1. Garam

Penggunaan garam untuk memutihkan gigi merupakan cara yang paling mudah dan cukup efektif. Anda cuma perlu menggunakan larutan air garam untuk berkumur-kumur setiap hari. Bahkan kandungan antibakteria yang terdapat di dalam garam juga dapat membunuh kuman penyebab gigi berlubang.

2. Siwak

Apa itu siwak? Siwak adalah nama untuk sebuah kayu yang digunakan untuk menggosok gigi. Atau jika ditinjau dari perbuatannya, siwak adalah perbuatan menggosok dan membersihkan gigi dengan kayu atau sejenisnya untuk menghilangkan kuning dan kotoran gigi. Dengan bersiwak juga akan dapat membersihkan mulut.

Penggunaan siwak mungkin bukan baru kali ini saja. Siwak sudah digunakan sejak zaman dahulu lagi. Caranya penggunaannya adalah dengan menggosokkan batang siwak secara merata ke gigi. Anda boleh melakukannya sebanyak 2-3 kali sehari.

Bersiwak hukumnya adalah sunnah sebagaimana hadis dari Aisyah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

“Bersiwak itu akan membuat mulut bersih dan diridhai oleh Allah.” (Shahih, HR. An Nasa’i, Ahmad)

3. Arang Kayu

Arang kayu memiliki kandungan alkali yang mampu mengikis dan membersihkan noda kuning yang menempel pada gigi. Anda boleh menggunakannya dalam skala kecil kerana jika digunakan terlalu kerap dikhuatiri akan mengikis lapisan enamel gigi. Cara penggunaannya adalah dengan mengambil secuil arang kayu kemudian dihaluskan dan ditambah dengan perasa air lemon. Lumurkan pada gigi dan berus gigi serta gosok gigi seperti biasa.

4. Lemon

Kandungan masam pada lemon mampu menghilangkan bakteria penyebab gigi kuning. Kadar PH nya yang seimbang menjadikan buah ini dapat digunakan untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi. Caranya ialah dengan mengambil sebiji buah lemon yang masih segar. Kemudian ambil air perahannya dan campur dengan 1 sudu teh baking soda. Gosokkan ke bahagian gigi anda. Lakukan secara rutin untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

5. Kulit Pisang

Jika anda selalu memakan pisang, jangan buang sahaja kulitnya. Sebaliknya gunakan kulit pisang untuk membersihkan gigi yang kuning. Caranya adalah dengan menggosok kulit pisang ke bahagian gigi secara sekata. Di samping memutihkan gigi, kulit pisang juga memiliki manfaat lain iaitu menjadikan kulit muka halus dan licin jika digosok pada wajah.

6. Baking Soda

Baking soda sememangnya terkenal sebagai bahan pembuat kuih. Di samping itu, ia memiliki manfaat yang tersembunyi iaitu dapat memutihkan gigi yang kuning. Baking soda memiliki kemampuan untuk menghilangkan lapisan noda penyebab gigi kuning. Cara memutihkan gigi dengan menggunakan baking soda adalah dengan menggosok terus ke bahagian gigi. Biarkan selama 5 minit sebelum berkumur.

7. Cuka Apple

Cuka apple sering digunakan sebagai penambah rasa pada makanan. Ia juga sebenarnya memiliki manfaat yang dapat membuat gigi lebih putih dan bersih. Caranya ialah dengan mengambil 1 sudu cuka apple dan kemudian gosok-gosokan secara sekata pada bahagian gigi.

8. Strawberry dan Apple

Strawberry dan apple merupakan buah yang sukar didapati di negara beriklim khatulistiwa dan panas. Namun begitu, jika anda memiliki lebihan buah stawberry atau apple gunakanlah untuk memutihkan gigi. Caranya adalah dengan menggosok-gosokkan bahagian luar buah strawberry atau apple terus ke gigi anda.

9. Biji Buah Pinang

Biji buah pinang mungkin menjadi salah satu bahan semulajadi yang sudah banyak digunakan sebagai pembersih gigi oleh nenek moyang kita dahulu. Biji dari buah ini memiliki kemampuan untuk membersihkan gigi secara menyeluruh. Bahkan penggunaan biji buah pinang juga dapat mempertahankan kekuatan gigi secara semulajadi. Caranya ialah dengan menghaluskan biji buah pinang terlebih dahulu dan seterusnya gosoklah ke bahagian gigi secara sekata. Biarkan seketika sebelum membilas.

10. Daun Sirih

Selain biji buah pinang, nenek moyang kita dahulu juga menggunakan daun sirih sebagai bahan untuk membersihkan gigi. Kandungan yang terdapat di dalam daun sirih mampu membasmi kuman penyebab kerosakan gigi dan juga dapat memutihkan gigi sekaligus. Caranya, ambil 1 – 2 helai daun sirih yang masih segar kemudian gosokkan ke bahagian gigi secara sekata. Cara lain adalah dengan merebus daun sirih dan gunakan untuk berkumur.

11. Susu Segar

Selain bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan, susu juga memiliki manfaat yang boleh digunakan untuk membersihkan gigi. Kandungan fosfor dan magnesium yang terdapat di dalam susu juga dapat digunakan untuk memperkuat gigi dari dalam. Caranya adalah dengan meminum susu segar secara rutin setiap hari. Mungkin cara ini agak perlahan namun jika dilakukan secara rutin akan menampakkan hasil yang baik.

12. Halia

Halia (jahe) memiliki kandungan antibakteria yang tinggi. Ia juga dapat membersihkan kotoran kuning pada gigi. Caranya, gosok-gosokkan halia ke bahagian gigi selama beberapa minit.

13. Daun Salam

Daun salam yang banyak digunakan sebagai penambah makanan juga dapat digunakan sebagai cara memutihkan gigi. Caranya ialah dengan merebus daun salam ke dalam air. Kemudian ambillah air rebusan tersebut untuk berkumur.

Jadi itulah sahaja beberapa cara mudah penggunaan bahan semulajadi untuk memutihkan gigi. Sebenarnya bukan dengan rawatan yang mahal sahaja anda boleh mendapatkan gigi yang putih dan bersih. Semoga anda dapat mempraktikkannya di rumah.

Selamat mencuba!

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Biodata Syima Eima, Gadis Cantik Pengasas Syma Beauty
Siapa Syima Eima? Wajah putih mulus beliau menjadi idaman ramai gadis di luar
Al-Fatihah: Pengasas Dnars Skincare Maut Kemalangan
Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad maut selepas terlibat dalam kemalangan
Tips Simple Cara Cegah Jerawat
Jerawat bukan sahaja menyakitkan malah menjejaskan penampilan. Jerawat adalah perubahan pada kulit atau
Cara Mengecilkan Liang Pori Hanya Dengan Bahan Semulajadi
Kulit yang licin, lembut, halus dan mulus tanpa sebarang cela sememangnya menjadi dambaan

Leave a reply "Cara Memutihkan Gigi Paling Mudah"