Cara Menghilangkan Sembab Pada Wajah

Muka Sembap

Bangun pagi, pasti muka akan kelihatan sembab bukan? Ingatkan sudah dapat beauty sleep, mengapa jadi begini pula? Sewaktu tidur, posisi badan kita menyebabkan pembendungan cecair dalam badan berlaku sehingga bahagian muka kita menjadi sembab.

Ada beberapa perkara yang boleh mengeruhkan lagi keadaan muka yang sembab iaitu pengambilan alkohol, stress dan pengambilan garam yang tinggi di dalam diet. Oleh itu, elakkanlah perkara-perkara ini ya?

Cuba mana-mana tips berikut untuk menghilangkan sembab dan kelihatan cantik pada waktu pagi:

1. Calamine
Losyen calamine bukan sahaja dapat digunakan pada bahagian badan yang melecet. Sapukan losyen calamine yang sejuk pada wajah anda. Biarkan selama 10-15 minit sebelum membilas. Wajah yang sembab akan berkurang dengan serta-merta.

2. Tuam


Rendamkan tuala dalam air suam, perahkan airnya dan tuamkan tuala tersebut pada wajah anda. Ia akan melancarkan pengaliran darah dan cecair untuk mempercepat proses menghilangkan sembab. Ada juga tuam berherba khusus untuk wajah yang boleh anda beli dan gunakan.

3. Tanah liat
Tanah liat yang sering digunakan sebagai pupur wajah juga dapat membantu menghilangkan sembab selain mengurangkan minyak dan kemerahan pada wajah. Anda cuma perlu menyapukannya pada wajah selama 2 hingga 3 minit dan bilas. (Cara ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang sensitif)

4. Kiub ais
Jika anda tidak mahu tuam wajah dengan suhu yang suam, anda boleh memilih untuk tuam wajah dengan kiub ais. Balutkan kiub ais dengan tuala dan tuam bahagian yang sembab selama seminit. Anda akan berasa segar serta-merta dan pori pun akan kelihatan lebih kecil.

5. Air mawar


Air mawar yang selalu dijadikan penyegar juga akan menghilangkan sembab pada wajah. Khasiat yang baik dalam air mawar akan menjadikan kulit anda semakin cantik selepas setiap penggunaan. Rendamkan kapas ke dalam air mawar kemudian tekupkan ke muka selama 10 minit. Jika menggunakan air mawar jenis semburan, tepuk-tepuk manja kulit anda selama beberapa minit untuk mendapatkan kesan yang sama.

6. Ubi kentang
Ubi kentang juga memberikan kesan sejuk untuk menghilangkan sembab. Potong halus seperti potato chip dan biarkan di atas muka selama 10-15 minit kemudian bilas.

Kesemua tips ini memfokuskan spot treatment iaitu menghilangkan sembab pada wajah semata-mata. Ada cara yang lebih baik untuk menjadikan seluruh badan anda lebih segar iaitu dengan melakukan senaman ringan sebelum anda memandu ke pejabat. Solat adalah senaman yang cukup sesuai bagi orang Islam sementara orang yang bukan Islam akan mendapat manfaat dengan melakukan yoga.

Leen

Bekas jurukecantikan yang aktif menulis.

More Posts

Loading...
Biodata Datin Ira Ghani, Pengasas Aura Seri
Biodata Datin Ira Ghani Nama Sebenar: Datin Nor Zaina Abd Ghani Nama Komersil: Datin
Adakah Warna Mempengaruhi Mood Seseorang?
Betulkah warna boleh mempengaruhi mood manusia? Jawapannya betul, kajian mendapati warna bukan sahaja
Biodata Datin Maziah Mohamed, Pengasas Almas Beauty & Health
Biodata Datin Maziah Mohamed | Penghulu Segala Produk! Itulah tagline produk kesihatan dan
Memilih Posisi Tidur Yang Betul Untuk Kesihatan & Kecantikan
Tahukah anda, posisi tidur memainkan peranan yang penting dalam kesihatan dan kecantikan kita?

Leave a reply "Cara Menghilangkan Sembab Pada Wajah"