Langgan newsletter kami!
Banner Bantuan Ibu Tunggal KISS Selangor

Cara Mohon Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) merupakan inisiatif bantuan baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk golongan wanita yang bergelar ibu di Selangor. Pemberian bantuan ini merupakan sebahagian daripada Inisiatif Peduli Rakyat yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan peruntukan sebanyak RM72 juta.

Perkara ini susulan pengumuman oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Selangor dalam Bajet 2018 Negeri Selangor. Bantuan sebanyak RM200 sebulan ini diberikan kepada golongan ibu yang mempunyai pendapatan isi rumah RM2,000 ke bawah, bermula tahun 2018.

Selain itu, ibu-ibu yang mendapat bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) juga akan mendapat bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak dan tepung serta peralatan juga seperti pakaian sekolah untuk anak di pasaraya serta kedai runcit yang akan dikenal pasti melalui Kad KISS.

Bantuan KISS Selangor

[infobox style=”alert-info”] Setiap ibu yang layak akan menerima bantuan RM2,400 setahun atau RM200 setiap bulan.[/infobox]

Cara Memohon Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Pendaftaran untuk KISS boleh dibuat secara atas talian dan borang pendaftaran manual.

  • Untuk pendaftaran KISS secara online, sila lawati https://www.kiss.com.my/cara-mendaftar
  • Untuk pendaftaran KISS secara manual, sila muat turun borang pendaftaran dari laman web KISS atau boleh diambil di:
    ​1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
    2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
    3. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
    4. Pusat Wanita Berdaya

Syarat Kelayakan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

  1. Merupakan seorang warganegara Malaysia
  2. Merupakan anak jati negeri Selangor.
  3. Kaum ibu yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,000 sebulan.

Image Of Bantuan KISS

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

2 comments

  1. salam..macam mana saya nak apply KISS….adakah boleh melalui online atau borang disediakan…dimana saya boleh dptkan borangnya
    terima kasih..

  2. salam.. di mana boleh saya mohon dan dapatkan borang. Saya menetap luar selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: