Langgan newsletter kami!
Duit Wang Ringgit

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Penstrukturan Semula KWSP 2024

1. Kenapa ada penstrukturan semula akaun KWSP?
Sebab KWSP bagi kemudahan untuk ahli yang memerlukan tetapi tetap pastikan simpanan pencen kita dilindungi.

2. Apa beza Akaun 1, Akaun 2 dan Akaun 3?
– Akaun 1 = Akaun Persaraan: Kegunaan persaraan
– Akaun 2 = Akaun Sejahtera: Kegunaan semasa untuk hal tertentu contohnya rumah, pendidikan, kesihatan, insurans, haji dan pengeluaran 50 tahun.
– Akaun 3 = Akaun Fleksibel (Baru): Untuk kegunaan waktu terdesak dan boleh keluar bila-bila, ikut syarat

3. Bagaimana kiraan caruman baru nanti?
– Akaun Persaraan: 75%
– Akaun Sejahtera: 15%
– Akaun Fleksibel: 10%

4. Bila penstrukturan ni akan berkuatkuasa?
Berkuatkasa 11 Mei tapi ahli boleh akses dalam KWSP i-Akaun 12 Mei.

5. Apa yang akan berlaku kat simpanan semasa kita pada 12 Mei nanti?
Akaun 3 akan dibuka untuk semua dengan simpanan bermula RM0.

6. Boleh ke nak pindah duit ke Akaun Fleksibel untuk pengeluaran segera?
Boleh tapi hanya daripada Akaun Sejahtera sahaja, tertakluk kepada syarat. KWSP benarkan pemindahan ini bermula 12 Mei sehingga 31 Ogos 2024.

7. Kalau saya taknak keluarkan duit, wajib ke pindahkan ke Akaun Fleksibel?
Tak wajib dan tak perlu buat apa-apa. Akaun Fleksibel anda kekal RM0 dan akan grow dengan caruman bulanan baharu je, jika ada.

8. Kena apply ke untuk buat pemindahan tu?
Ye, melalui KWSP i-Akaun (web/app) atau cawangan KWSP di seluruh negara mulai 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024 sahaja.

9. Berapa banyak boleh pindahkan?
10/30 daripada Akaun Sejahtera (Akaun 2) anda sahaja jika baki di Akaun tersebut melebihi RM3K.

Duit hanya boleh diambil dari Akaun Sejahtera, jadi kiraannya bergantung pada baki dalam Akaun Sejahtera masing-masing.

Jika anda pilih untuk buat pemindahan, apa yang berlaku dalam Akaun Sejahtera anda adalah:
– 5/30 akan pindah ke Akaun Persaraan (Akaun 1)
– 10/30 akan pindah ke Akaun Fleksibel (Akaun 3)
– Baki yang tinggal (15/30 iaitu separuh) akan kekal dalam Akaun Sejahtera tu.

🟡 Contoh: Sekarang ada RM30K dalam Akaun Sejahtera. Lepas pindahkan:
– Akaun Persaraan: Tambahan RM5K
– Akaun Sejahtera: RM15K
– Akaun Fleksibel: RM10K

✅ Jumlah yang ada dalam Akaun Fleksibel itu lah yang boleh dikeluarkan.

10. Di mana boleh saya dapatkan maklumat lain?
Apa-apa berkaitan Akaun Fleksibel, hanya rujuk www.kwsp.gov.my/penstrukturan-akaun.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: