Jom Bersama Kita #SelamatkanMalaysia


Negara kita kian dilanda krisis yang berterusan disebabkan kemerosotan keyakinan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terhadap barisan pemimpin yang sedia ada.

Mereka yang lantang bersuara mempertahankan situasi ini mengatakan bahawa tiada gunanya kita bergabung tenaga untuk menegaskan perlunya perubahan dan pembaruan. Mereka katakan bahawa tidak kiralah baik atau buruk seorang pemimpin itu, rakyat tidak berhak untuk menentangnya. Mereka sanggup berkata bahawa berbuat demikian adalah bertentangan dengan agama.

Adakah ini benar? Cuba anda fikirkan.

Suara rakyat yang marah semakin kuat dan lantang tidak dipedulikan oleh mereka. Mengapa? Kerana mereka hanya pedulikan kepentingan diri sendiri sahaja. Kita tahu. Mereka tidak fikirkan mengenai Malaysia ataupun kebajikan rakyatnya.

Kita menyelamatkan negara tercinta kita dari mereka. Itulah jawapannya.

Cukuplah.

Sudah terlalu lama kita dilanda rasa malu akibat skandal penyelewengan kewangan yang begitu ketara dan kepimpinan negara yang tidak berkesan.

Cukuplah.

Inilah negara kita. Marilah kita bergabung suara untuk menuntut perubahan dan membina negara Malaysia yang lebih baik.

Sertailah kami dengan menandatangani petisyen ini.

Layarilah: http://change.org/p/prime-minister-dato-seri-najib-razak-quit

Azrul Mohd Khalib
Kuala Lumpur, Malaysia

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #najib letak jawatan #save malaysia #selamatkan malaysia

Senarai Tonggak 12 (Dua Belas) Perkhidmatan Awam
Pengertian Istilah Tonggak Apakah makna Tonggak? Menurut Kamus Dewan (edisi baru), antara makna
Maksud Fi Perkhidmatan
Jika anda pernah berurusan dengan jabatan kerajaan atau firma swasta, pasti anda pernah
Cara Mohon mySalam – Skim Perlindungan B40
Untuk penerima Bantuan Sara Hidup (Skim BR1M yang ditambahbaik), anda layak menuntut wang
Maklumat Kebajikan Pesara Kerajaan Oleh Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
Pejabat baru Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) adalah di Cyberjaya, Selangor. Diberitahu oleh Pegawai

Leave a reply "Jom Bersama Kita #SelamatkanMalaysia"