Koleksi 5 Resepi Sambal Kegemaran Malaysia

Resepi Budu

Orang Malaysia memang tak boleh dipisahkan dengan sambal. Bila makan nasi mesti nak kena ada sambal. Kalau tak ada sambal tak sah makan! Sambal seperti sambal kicap, sambal belacan, sambal ikan bilis memang akan menambahkan selera makan kita.

Jadi di sini kami kongsikan resepi sambal yang nampak mudah dan simple tapi inilah rahsia makanan menjadi lebih sedap dan bertambah oommphh!

1) Resepi Cincalok

Resepi Cencalok

Bahan-bahan

  • Cencalok
  • Cili padi dihiris
  • Bawang merah dimayang
  • Asam limau kasturi atau limau nipis

Cara Penyediaan

  1. Masukkan cincalok ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan hirisan cili padi dan bawang merah.
  3. Perahkan asam limau.
  4. Kacau sebati.

2) Resepi Budu

Resepi Budu

Bahan-bahan

  • Budu (Cap Ketereh)
  • Cili padi
  • Bawang merah
  • Asam limau kasturi atau limau nipis

Cara Penyediaan

  1. Masukkan budu ke dalam mangkuk.
  2. Campurkan budu dengan bawang merah.
  3. Pecahkan cili menggunakan jari.
  4. Perahkan asam limau.
  5. Kacau sebati.

3) Resepi Sambal Kicap Cili Padi

Resepi Sambal Kicap Cili Padi

Bahan-bahan

  • Kicap manis
  • Cili padi dipotong kecil
  • Bawang merah dimayang
  • Asam limau kasturi atau limau nipis

Cara Penyediaan

  1. Masukkan kicap ke dalam mangkuk.
  2. Campurkan dengan bawang merah dan cili padi.
  3. Perahkan asam limau.
  4. Kacau sebati.

4) Resepi Sambal Tempoyak Resepi Sambal Tempoyak

Bahan-bahan

  • Tempoyak
  • Cili padi
  • Garam kasar

Cara Penyediaan

  1. Masukkan tempoyak ke dalam mangkuk.
  2. Tumbuk cili padi dan garam kasar bersama.
  3. Gaulkan dengan tempoyak.

5) Resepi Sambal Belacan Kulit Limau

Resepi Sambal Belacan Kulit Limau

Bahan-bahan

  • Cili padi
  • Lada merah besar
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • Belacan bakar
  • Asam limau nipis atau kasturi

Cara Penyediaan

  1. Tumbuk atau kisar semua bahan di atas kecuali limau.
  2. Perahkn asam limau.
  3. Potongkan kulit limau kasturi.
  4. Gaul sebati dengan sambal belacan.

Carian Berkaitan
koleksi gambar masakan bersama resipi, koleksi resepi sambal lada, resepi sambal asam

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
FoodPanda Kurangkan Caj Penghantaran Makanan Bagi Tahun 2019
FoodPanda merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan tempahan dan penghantaran makanan terus
20 Resepi Masakan Daging [Part 2]
Sudahkah anda mencuba 10 resepi daging yang telah saya share di post sebelum
20 Resepi Masakan Daging [Part 1]
Berikut adalah himpunan resepi masakan daging yang sedap-sedap. Resepi ini dikumpulkan dari sumber-sumber
Resepi Sardin Kentang, Citarasa Versatile
Ikan sardin masak apa sedap? Ikan sardin dalam tin sememangnya sedap dimakan tidak

Leave a reply "Koleksi 5 Resepi Sambal Kegemaran Malaysia"