Langgan newsletter kami!
Lagu Berserah Zizan Razak Feat. Ismail Izzani

Lirik Lagu Berserah – Zizan Razak Feat. Ismail Izzani

Berserah

Penyanyi: Zizan Razak featuring Ismail Izzani
Komposer: Alif
Lirik: Ariz
Label: Rocketfuel Entertainment

[Chorus]
Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah kepada Mu
Jika salah silap puncanya aku
Ku berserah kepada Mu
Tapi ini pilihanku

[Verse 1]
Sesamar malam, nampak kelibat balik bamboo
Terdengar berlagu keliru pungguk atau hantu
Atau mungkin aku, yang masih lagi ragu-ragu
Hingga terbalik baju masih jumpa jalan buntu

Satu dua kali salah, ada peluang lagi
Tapi jadi tiga kali, mana lagi mahu lari
Banyak hati ku sakiti dan janji yang diubah
Bukan bersama Jebat walau gaya tolak Tuah

Bukannya tak sedar aku kekhilafan
Kadang ku diduga untuk baiki kesilapan
Jadi alang-alang nekad, kusorokkan hakikat
Biar aku berserah kalau neraca ku diangkat

[Verse 2]
Tiada benci yang kekal, tiada kasih yang kekal
Penghujung tak sempurna bila cinta sukar tekal
Dibolak-balik pasti, dimainkan emosi
Diorak-arik dalih menghalal yang tidak boleh

Makin hari makin aku dapat lihatkan dejavu
Indah yang dirasa berbeza tak macam dilagu
Rawan mencengkam hati, disalah dan dicaci
Aku berdosa lagi demi kau yang kekal suci

Jadi selagi ada nyawa jangan siapa hukum aku
Selagi ada nyawa taubat itu hak aku
Jangan nak berdiri antara aku dan pencipta
Itu saja yang ingin ku pinta

[Outro]
Satu kali salah, Dua kali salah
Tiga kali sampai berapa kali boleh salah
Lumrah manusiawi bila lebih dua kali
Takkan kita diberi peluang lagi

Ku berserah,
Bukan cuba tegakkan benang yang basah
Yang ku lakukan ini salah tetap salah
Tapi ini saja jalan walau jatuh hukum
Jumpa lagi nanti
Salam. Assalamualaikum

[infobox style=”alert-success”] Disclaimer: Kami tidak menyediakan pautan download mp3 lagu kerana ia salah di sisi undang-undang. Kami juga menyokong penuh karya seni penyanyi, penulis lirik dan komposer yang terlibat. Jika anda sayangkan muzik dan karya artis ini, sila dapatkan lagu/single/album yang original dan dari sumber yang sah.
[/infobox]
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: