Rahsia Kecantikan Wanita Thailand

Gadis Pan Asia Cantik

Kisah komedi mahupun seram, wanita Thailand yang ditonton di kaca tv atau panggung wayang sememangnya terkenal dengan kecantikan mereka yang memiliki kulit putih langsat. Sebagai wanita Asia, anda pasti ingin tahu rahsia kecantikan turun-temurun mereka, bukan? Ini dia perkara yang anda harus tahu dan amalkan seperti wanita Thailand. Semuanya melalui makanan sahaja dan cukup mudah untuk dilakukan.

1. Tambah kunyit dalam diet anda

Selain melulur badan mereka dengan campuran kunyit, wanita Thailand juga mengambil makanan yang dicampur kunyit. Mengapa mereka sangat sukakan kunyit? Ini kerana kunyit mengandungi anti-oksidan yang menjaga sistem imun badan. Oleh itu, ia dapat mengelakkan mereka daripada jatuh sakit dan mengurangkan keradangan kulit yang berlaku apabila terkena panas matahari atau macam-macam sebab lagi. Kunyit juga mengandungi manganese, iaitu sejenis nutrien yang menggalakkan penghasilan kolagen untuk kulit yang sihat dan muda.

2. Ambil supplemen kolagen

Tidak hairan lagi, dengan produk supplemen kolagen yang berlambak di pasaran, wanita Thailand menjadikannya diet harian mereka sama ada dalam bentuk pil atau pun minuman. Anda juga boleh mengamalkannya dengan syarat anda memastikan dahulu kandungan supplemen tersebut selamat untuk anda.

3. Makan buah betik

Selain itu, wanita Thailand juga sangat suka makan betik. Buah betik memberikan kulit yang cantik kerana ia menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit. Harganya juga tidak mahal, jadi anda tiada masalah untuk memakan betik setiap hari.

4. Pastikan diet anda seimbang

Diet seimbang adalah diet yang mengandungi semua kelompok makanan dalam kuantiti yang disyorkan. Makanlah mengikut kesesuaian diri anda dan tolong tinggalkan junk food seperti air berkarbonat dan snek yang langsung tidak memberi manfaat kepada tubuh anda. Wanita Thailand memakan buah-buahan dan sayuran-sayuran dengan banyak. Mereka juga minum teh hijau, air kelapa dan jus.

5. Amalkan topeng muka DIY

Ini sesuatu yang seronok, iaitu menghasilkan sendiri topeng muka anda mengikut jenis kulit masing-masing. Caranya adalah untuk menggabungkan bahan-bahan berikut dan pupurkan ke atas muka selama sekurang-kurangnya 10 minit. Untuk kulit berminyak, gunakan yogurt, madu dan limau. Untuk kulit kering pula, gunakan timun dan tomato. Wanita Thailand kerap melakukan rawatan ini pada wajah mereka.

Selamat mencuba!


Carian Berkaitan

kecantikkan wanita thailand, kulit orang thai lagi cantik banding kulit orang malay, rahsia kecantikan wanita thai

Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

More Posts - Website

Loading...
Koleksi Gambar Gadis Melayu Cantik Bertudung
Gambar Awek Melayu Bertudung & Comel Siapa bilang gadis melayu tak menawan Tak
Biodata Riz Ulala, Lebih Cantik Dari Nur Sajat?
Baru-baru ini heboh berita yang membandingkan antara Riz Ulala dan Nur Sajat. Ada
Cara Semak No Pendaftaran Produk Dengan KKM
Baru-baru ini tersebar di media sosial satu jenama kosmestik popular dikatakan mengandungi bahan
Biodata Junaidah Kiting, Pengasas De’Wajah
Biodata Junaidah Kiting, Pengasas De’Wajah Nama Penuh: Junaidah Bt. Kiting Asal: Jelebu, Negeri

Leave a reply "Rahsia Kecantikan Wanita Thailand"