Resepi Jantung Pisang Masak Lemak Putih

Memasak Jantung Pisang Masak Lemak Putih

Bahan-bahan Jantung Pisang Masak Lemak

  • 1 jantung pisang
  • 1 1/2 cawan santan (lebih kurang 400ml)
  • Seekor ikan selayang (direbus dengan sedikit air dan dicampur dengan sedikit garam dan asam keping)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • sedikit garam

Cara Memasak Jantung Pisang Masak Lemak

  1. Potong jantung pisang kecil-kecil tapi jangan terlampau kecil.
  2. Rebus dengan sedikit garam untuk mengelakkan jantung menjadi hitam.
  3. Rebus sehingga lembut dan kemudian basuh serta toskan jantung pisang.
  4. Kisar atau tumbuk kasar lada hitam, bawang dan isi ikan.
  5. Masukkan santan pekat ke dalam periuk dan campurkan semua bahan tumbuk atau kisar tadi ke dalam periuk dan kacau sehingga rata.
  6. Masak dengan api perlahan.
  7. Bila santan sudah mendidih, masukkan jantung pisang yang telah dipotomg.
  8. Perasakan dengan garam.
  9. Masak sebentar saja untuk mengelakkan santan pecah. Jangan lupa kacau kuah tersebut perlahan-lahan.
  10. Tutup api dapur masakan siap untuk dihidang.

jantung-pisang-masak-lemak memasak-jantung-pisang-masak-lemak-putih


Carian Berkaitan

masak lemak putih jantung pisang, jantung pisang masak lemak, masak lemak jantung pisang, cara msk jantung pisang msk lemak

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #cara memasak jantung pisang masak lemak #cara potong jantung pisang #masak lemak putih jantung pisang #resep jantung pisang

Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai Paling Sedap
Kali ini kami ingin kongsikan Resepi Ayam Masak Paprik yang dipopularkan dari negara
Resepi Sandwich Telur Ala Hotel Yang Sedap
Sandwich Telur sememangnya makanan ringkas yang digemari ramai. Ia sangat sesuai dimakan ketika
Resepi Ayam Goreng Kunyit Mudah dan Sedap
Ayam goreng kunyit adalah antara cara masakan ayam yang paling simple dan mudah
Resepi Kuih Apam Tapai Tepung Beras
Apam Tapai Tepung Beras atau juga dikenali sebagai Apam Beras atau Apam Tapai

Leave a reply "Resepi Jantung Pisang Masak Lemak Putih"