Resepi Kerabu Kerang Ala Thai Yang Sedap

Kerabu Kerang Taugeh Thai

Bagi anda yang kekeringan idea untuk menyediakan menu makan tengah hari, boleh cuba resepi yang mudah, cepat dan pasti sedap ini iaitu Kerabu Kerang Ala Thai. Menu berasaskan kerabu ini dianggap sebagai salad versi orang Melayu dengan menggunakan ulam-ulaman sebagai bahan utama.

Jom, kita cuba resepi ringkas yang menyelerakan ini. Pasti tidak akan mengecewakan.

Bahan-bahan Resepi Kerabu Kerang

  • 2 cawan taugeh
  • 5 batang kacang botor
  • 1 biji bawang besar – boleh ditambah / dikurang mengikut citarasa
  • 1 biji cili merah – boleh ditambah / dikurang mengikut citarasa
  • 1/2 cawan udang kering
  • 1 cawan isi kerang rebus – boleh ditambah
  • Perahan jus limau nipis secukupnya
  • Sedikit belacan
  • Kerisik secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Catatan: Boleh ditambah cili api jika mahu lebih pedas bergantung kepada selera masing-masing.

Cara Membuat Kerabu Kerang Ala Thai

  1. Bersihkan kacang botor dan dipotong nipis
  2. Bersihkan taugeh dan dicelur dalam air panas selama 5 saat saja.
  3. Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu.
  4. Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat.
  5. Perah limau kasturi dan ambil jusnya.
  6. Masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata.
  7. Jika ada bahan yang terkurang boleh ditambah ikut pada selera masing-masing.
  8. Gaulkan sehingga betul-betul sebati.
  9. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba.


Carian Berkaitan
Makanan dalam tin mail

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Resepi Rahsia Goreng Pisang Rangup
Pisang goreng atau goreng pisang merupakan makanan yang sedap dimakan di waktu petang.
Buah Kurma dan Pelbagai Khasiat Mengenainya
Apa Itu Kurma Buah kurma atau dalam bahasa Arab, tamar adalah dari jenis
Fucuk dan Cara Memasaknya
Apa Itu Fucuk? Sayur pucuk sering menjadi ramuan utama dalam penyedia­an sup sayur.
Cara Masak Telur Separuh Masak – Perfect Macam Kat Kopitiam!
Pernahkah anda makan telur separuh masak di kopitiam, RnR atau hotel? Memang sedap

Leave a reply "Resepi Kerabu Kerang Ala Thai Yang Sedap"