Resepi Rahsia Goreng Pisang Rangup

Goreng Pisang Crispy Dan Sedap

Pisang goreng atau goreng pisang merupakan makanan yang sedap dimakan di waktu petang. Ia kini sudah dianggap sebagai makanan tradisi bagi rakyat Malaysia untuk hidangan makan-makan ringan.

Kini sesuai dengan peredaran zaman, goreng pisang juga telah diolah dalam pelbagai bentuk seperti goreng pisang cheese, goreng pisang keju coklat, goreng pisang bijan, goreng pisang cicah sambal kicap, goreng pisang cicah sos lada (merah) dan bermacam lagi.

Namun begitu, untuk mencari goreng pisang yang betul-betul sedap sebenarnya agak sukar. Kebanyakan orang menyukai goreng pisang yang rangup (crispy) di luar tetapi lembut di dalam. Antara gerai goreng pisang yang viral ialah Pisang Goreng Mawar yang terletak di Johor Bahru. Memang sedap! Goreng pisang je pun.. Ambil pisang, salut dengan tepung Adabi dan goreng. Dah siap!

Sebenarnya tak semudah itu untuk mendapat goreng pisang yang sedap. Ada cara dan resepi rahsianya yang tersendiri. Jom kita tinjau resepi goreng pisang sedap seperti di bawah.

Resepi Goreng Pisang Sedap

  • Pisang
    (Pisang yang paling sesuai dibuat goreng pisang ialah Pisang Nipah dan Pisang Tanduk. Namun begitu anda boleh menggunakan pisang lain sebagai ganti seperti Pisang Nangka, Pisang Raja dan Pisang Berangan.)
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan (santan kotak)
  • 1/2 sudu besar baking powder (jenama Royal) –  digunakan untuk merangupkan pisang goreng
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit (pewarna)
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar marjerin / butter (dipanaskan sehingga cair dan disejukkan)

Goreng Pisang Crispy Dan Sedap Cara Goreng Pisang

Cara Memasak Goreng Pisang Sedap

  1. Satukan semua bahan kecuali air dan marjerin cair ke dalam bekas adunan.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak menjadi sedikit pekat.
  3. Adun guna tangan.
  4. Masukkan marjerin cair dan gaulkan sehingga sekata.
  5. Akhir sekali celup pisang ke dalam adunan tersebut.
  6. Goreng pisang tersebut ke dalam minyak yang panas sehingga masak.
  7. Siap untuk dihidang!

Senang sahaja. Adunan yang sama juga boleh digunakan untuk menggantikan pisang dengan cendawan, cempedak, ubi keledek, keladi, tempe dan bermacam lagi.

Tips Goreng Pisang

  1. Tebal atau nipis salutan tepung pada goreng pisang adalah bergantung kepada pekat atau cair bancuhan tepung. Semakin pekat bancuhan, semakin tebal salutannya.
  2. Boleh tambah jintan manis atau bijan ke dalam bancuhan tepung untuk sedikit kelainan dan menambahkan rasa.
  3. Potong 2 atau 3 bahagian untuk sebiji pisang atau potong ikut keperluan saiz yang dikehendaki (selain pisang tanduk).
  4. Selain tepung beras, anda juga boleh gunakan bancuhan tepung pulut untuk menjadikannya lebih rangup. Nisbah tepung beras dan tepung pulut adalah 3:2.
  5. Boleh tambah sedikit kelapa parut ke dalam bancuhan kerana ia boleh membantu merangupkan gorengan.
  6. Boleh tambah 1 sudu besar air kapur masakan ke dalam bancuhan tepung untuk menjadikannya lebih crispy.

Selamat mencuba!

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Resepi Mandu, Dumpling Enak Dari Korea
Mandu atau juga dieja sebagai ‘mandoo’ merupakan makanan tradisi tradisional rakyat Korea. Ia
Cara Memasak Nasi Minyak
Nasi minyak biasanya dimakan ketika acara istimewa seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan ataupun
Resepi Bibimbap (비빔밥) Yang Mudah & Sedap
Pengenalan Bibimbap (비빔밥) Sebut saja makanan Korea pasti ramai yang terbayangkan Bibimbap. Ya,
Sukatan Sudu dan Sukatan Cawan Dalam Resepi Masakan
Seringkali kita terjumpa singkatan seperti tbsp dan tsp dalam kebanyakan resepi masakan. Apakah

Leave a reply "Resepi Rahsia Goreng Pisang Rangup"