Resepi Telur Bungkus Dan Inti Daging Yang Sedap

Resepi Inti Telur Bungkus

Bahan-bahan Telur Bungkus

  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan daging kisar (atau boleh gantikan dengan ayam)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • kacang buncis (dipotong-potong)
  • lobak merah (dipotong memanjang)
  • serbuk lada hitam atau lada sulah
  • sedikit sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • sedikit garam

Cara Membuat Inti Telur Bungkus

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi dan sedikit layu.
  2. Masukkan daging kisar dan serbuk lada hitam / lada sulah. Kemudian masak sebentar sehingga sekata.
  3. Masukkan semua bahan seperti kacang buncis, lobak merah, sos tiram, sos cili, air dan garam kemudian kacau sehingga rata.
  4. Bila inti terlalu kering boleh tambahkan air secukupnya.
  5. Apabila masak, ketepikan dahulu.

Cara Memasak Telur Bungkus

  1. Pukul 2 biji telur dengan sedikit garam.
  2. Panaskan kuali dan tebarkan telur sehingga rata dalam kuali. Tebaran telur tidak perlu tebal sangat, jika tidak permukaan atasnya tidak masak dan telur mungkin berbau hanyir nanti.
  3. Gunakan api kecil ketika memasak telur.
  4. Tips supaya telur menjadi bulatan besar dan tipis ialah dengan pusing-pusingkan kuali hingga semua telur tadi menjadi rata.
  5. Biar telur tu masak sehingga lekang sedikit daripada kuali. Anda tak perlu terbalikkan telur itu.
  6. Padamkan api dan letak inti telur bungkus yang disediakan sebentar tadi di tengah-tengah dan bungkus.
  7. Bila sudah siap, letak pinggan leper atas kuali dan terbalikkan kuali. Ini bagi mengelakkan isi telur bungkus itu tak terburai bila terletak dalam pinggan.
  8. Akhir sekali, letakan hiasan yang bersesuaian dengan sesuai selera anda.

resepi-inti-telur-bungkus

resepi-ringkas-telur-bungkus-yang-sedap


Carian Berkaitan

resepi telur bungkus, telur bungkus, resepi telur bungkus daging, resepi sandwich telur

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #Cara Buat Telur Bungkus dan Inti #Resep Masakan Telur Bungkus #Resepi Telur Bungkus

Trend Juicing dan Bebas Gluten, Baikkah Untuk Jantung?
Setiap tahun, ada saja trend diet baharu yang menjadi ikutan seperti juicing dan
5 Resipi Sarapan Mudah Dan Berkhasiat Dengan Bahan Yang Sama
Kepentingan sarapan sudah lama diberitahu oleh pakar pemakanan dan kesihatan. Sama ada anda
Panduan Mudah Memasak Sendiri di Rumah
Adakah ini kali pertama anda memasak? Mudah saja caranya untuk anda membeli bahan dan
Buat Sendiri Ais Krim Kelapa Lemak Manis Di Rumah
Teringat dahulu zaman kanak-kanak, setiap hari akan makan ais krim kelapa sebelum masuk

Leave a reply "Resepi Telur Bungkus Dan Inti Daging Yang Sedap"