Ketika Imam Ibrahim bin Adham (seorang wali Allah) ditanya, kenapakah doa seseorang ditolak oleh Allah Taala. Lalu beliau menjawab, antara sebab doa tidak makbul adalah:

  1. Kamu kata kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan tanggungjawab kepada-Nya
  2. Kamu kata kamu cintakan Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya
  3. Kamu baca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya
  4. Kamu makan rezeki Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya
  5. Kamu tahu syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu berkawan dengannya
  6. Kamu kata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya
  7. Kamu kata neraka itu benar, tetapi kamu melakukan perbuatan yang mendekatkan kamu kepadanya
  8. Kamu kata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia menghadapinya
  9. Kamu nampak keaiban orang lain, tetapi kamu tidak nampak keaiban diri kamu sendiri
  10. Kamu kuburkan keluarga kamu yang mati, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya