Langgan newsletter kami!
Jumpa Duit 2

Maksud Harta Luqatah

Maksud Harta Luqatah

Harta Luqatah dari segi istilah syara’ bermaksud harta yang ditemui di suatu kawasan yang tidak dimiliki, tidak dijaga dan penemu tidak mengenali pemiliknya. Dengan kata lain, harta Luqatah ialah sesuatu yang dipungut atau harta tercicir. Luqatah juga bermaksud harta yang hilang dari tuannya dan dijumpai oleh orang lain.

Harta luqatah ini terdiri daripada wang tunai, barangan dan haiwan. Penemu berkewajipan menjaga harta itu dengan cara yang sepatutnya serta perlu membuat hebahan selama setahun di tempat-tempat awam yang menjadi kunjungan masyarakat umum.

Dalil Berkaitan Harta Luqatah

Zaid bin Khalid al Juhani meriwayatkan seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW berkenaan dengan harta luqatah lalu baginda bersabda:

Hebohkanlah harta tersebut selama setahun.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Ubai bin Ka’ab RA meriwayatkan:

Saya menemui satu uncang yang berisi seratus dinar dan saya pergi untuk menemui Nabi s.a.w. lalu baginda bersabda “Umumkan tentangnya selama setahun.” Namun tiada siapa yang mengenalinya kemudian saya pergi bertemu baginda lagi. Baginda bersabda: “Umumkanlah selama setahun, sehingga tuannya datang. Jika tiada yang datang engkau gunalah.” Lalu saya pun menggunakannya.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rasullulah SAW bersabda:

Kenalilah akan ikatan yang mengikat harta tersebut serta bekasnya, kemudian hebahkanlah selama setahun. Sekiranya kamu tidak menemui tuannya maka kamu boleh memilikinya dan membelanjakannya, dan hendaklah ia dijadikan sebagai barang simpanan di bawah jagaan kamu. Sekiranya pada suatu hari datang tuannya kepada kamu maka berikanlah kepadanya.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Hukum Mengambil Harta Luqatah

Hukum memungut atau mengambil harta luqatah adalah:

  • Sunat jika berhasrat untuk menolong orang yang keciciran harta tersebut.
  • Wajib jika diyakini akan hilang sekiranya dibiarkan.
  • Harus jika tidak dibimbangi akan hilang.
  • Haram jika berniat jahat.

Jenis-jenis Harta Luqatah

1) Harta Bukan Haiwan

a) Harta yang cepat rosak
Contohnya makanan. Dari segi hukum, harta sebegini diberi pilihan kepada penemunya sama ada untuk memakan atau menggunakannya dan diganti, atau dia menjualnya dan menyimpan harganya.

b) Harta yang cepat rosak tetapi boleh dijaga supaya tidak rosak
Bagi harta jenis ini, adalah wajib bagi penemunya mengambil tindakan yang sewajarnya bagi kepentingan pemilik asal iaitu menjual dan menyimpan harganya. Melakukan sesuatu yang boleh mengelakkan harta tersebut dari rosak dengan belanja sendiri, atau dia menjual sebahagian harta tersebut bagi tujuan perbelanjaan penjagaan harta yang selebihnya.

c) Harta yang tidak rosak
Bagi harta ini, adalah wajib bagi penemu menjaganya selama tempoh hebahan.

2) Harta / Luqatah Haiwan

Hukumnya harus bagi penemu memelihara haiwan yang ditemuinya dan dikembalikan kepada tuannya apabila dituntut. Beliau boleh meminta dari tuan asalnya jumlah perbelanjaan yang digunakannya. Harus juga bagi beliau menjual dan menyimpan wang hasil jualan.

Semoga bermanfaat.

Sumber Rujukan:
1. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)
2. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. 日本藤素吃法

    Tionamn yuoang openan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: