Langgan newsletter kami!
Wajah Misteri Anak Rihana Petra

Akhirnya Rihana Petra Dedahkan Gambar Anak, Ismail Leon

Rihana Oksana Petra akhirnya mendedahkan wajah puteranya, Ismail Leon @ Tengku Leon selepas lima bulan merahsiakan daripada tatapan awam. Sebelum ini, beliau tidak pernah mendedahkan wajah anaknya di media sosial atau mana-mana platform setelah mengharungi konflik rumah tangga bersama bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, beberapa bulan yang lalu. Wajah anaknya itu terus menjadi rahsia tanpa didedahkan ke mana-mana media.

Namun kini, bekas model Russia itu telah memuatnaik beberapa foto gambar wajah anak lelaki sulungnya di laman Instagram miliknya. Dia turut mendedahkan Ismail Leon kini sudah berusia 5 bulan. Comel! Begitulah antara reaksi netizen yang menatap gambar tersebut. Rata-rata netizen memuji kecomelan bayi lelaki ini. Ada juga yang berpendapat Ismail Leon berwajah ‘half-Asian’ dan mirip bapanya.

Bagi yang belum melihat wajah anak lelaki sulung Rihana Petra @ Oksana Voevodina ini, sila rujuk beberapa foto di bawah.

Gambar Anak Lelaki Rihana Petra

Adakah Ini Gambar Anak Sultan Muhammad V Gambar Anak Lelaki Rihana Petra Gambar Ismail Leon

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: