Langgan newsletter kami!
Aku, Dia Dan Pinky Promise (TV Okey)

Aku, Dia dan Pinky Promise (TV Okey)

Aku, Dia dan Pinky Promise adalah sebuah drama adaptasi novel yang akan disiarkan di TV Okey RTM. Drama bersiri 20 episod ini akan mula ditayangkan bermula 25 Januari 2020 pada setiap hari jam 10.00 malam. Ia diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh produksi Nusantara Seni Karya.

Teraju utama bagi drama ini ialah Syafie Naswip, Sweet Qismina dan Adam Lee sambil dibantu oleh beberapa pelakon lain iaitu Faha Azhar, Hakim Nordin, Nelissa Edreena, Ferqisha, Sarah Dawud, Rabaayati, Iman Zulkarnain, Ikhram Juhari, Farah Zanordin, Farez Ridzwan, Fazlina Ahmad Daud, Shyrim, Duerra Mitilda, Diya Lily, Amisha, Kay Maria dan Azhar Amir.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 20 episod
  • Tarikh Tayangan: 25 Januari 2020
  • Waktu Siaran: Isnin-Ahad, 10:00 malam
  • Stesen TV: TV Okey (Astro 109, UnifiTv 110 dan Myfreeview 110)
  • Penulis Skrip: Sofia Rhyland
  • Pengarah: Jamal Khan
  • Produksi: Nusantara Seni Karya
  • Senarai Pelakon: Syafie Naswip, Sweet Qismina, Adam Lee, Faha Azhar, Hakim Nordin, Nelissa Edreena, Ferqisha, Sarah Dawud, Rabaayati, Iman Zulkarnain, Ikhram Juhari, Farah Zanordin, Farez Ridzwan, Fazlina Ahmad Daud, Shyrim, Duerra Mitilda, Diya Lily, Amisha, Kay Maria, Azhar Amir

Watak Pelakon

  • Sweet Qismina sebagai Siti Saleha
  • Syafie Naswip sebagai Azri
  • Adam Lee sebagai Daniel
  • Faha Azhar sebagai Amirul
  • Hakim Nordin sebagai Suffian
  • Nelissa Edreena sebagai Hanim
  • Ferqisha sebagai Lina
  • Sarah Dawud sebagai Hajar
  • Rabaayati sebagai Lela
  • Iman Zulkarnain sebagai Shah Asnan
  • Ikhram Juhari sebagai Cikgu Ariffin
  • Farah Zanordin sebagai Cikgu Kamariah
  • Farez Ridzwan sebagai Cikgu Hazam
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Mak Limah
  • Shyrim sebagai Encik Kamil
  • Duerra Mitilda sebagai Sara
  • Diya Lily sebagai Shahira
  • Amisha sebagai Nani

Sinopsis Drama Aku, Dia dan Pinky Promise

Mengisahkan tentang Siti Saleha yang berumur 33 tahun namun tidak miliki kerjaya yang membanggakan. Dia juga mempunyai tunang yang mengecewakan. Dia mengharapkan satu keajaiban berlaku iaitu membawa dia kembali ke alam persekolahan dan membaiki segala kesilapan lalu. Andai diberi peluang pulang ke masa lampau ada 10 senarai yang dia ingin diubah. Tapi, dalam 10, hanya dua impian yang penting untuk dia perbaiki.

Pertama, mengubah pemilihan pelajaran aliran sains ke aliran sastera agar di masa depan dia dapat memberi tumpuan pada kerjaya yang diminatinya. Kedua, mencari Daniel! Menghasut Daniel iaitu tunangnya di masa depannya, supaya tidak menjadi model tetapi menjadi doktor atau ahli perniagaan agar masa depan mereka lebih terjamin.

Tanpa disangka-sangka satu kejadian telah membawa Saleha merentas masa, kembali ke tahun 1998. Saleha berjaya mengubah aliran dengan memasuki kelas sastera dan dia juga berjaya mencari Daniel. Namun, kemunculan Azri yang terkenal sebagai ketua samseng sekolah membuatkan rancangan Saleha huru-hara.

Saleha hairan, Azri tak pernah wujud di masa lampaunya dan tak wujud di masa depannya, jadi kenapa sekarang tiba-tiba Azri muncul? Siapakah Azri sebenarnya? Apakah kaitan Azri dengan kehidupannya? Dapatkah dia mengubah sejarah lalu? Adakah hajatnya itu terbaik untuk dirinya?

Sumber: RTM

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: