Maksud Loan ASB / Pembiayaan ASB / ASB Financing

ASB Loan atau ASB Financing adalah sebuah fasiliti pinjaman pelaburan ASB yang disediakan kepada kaum bumiputera sahaja. Konsep pinjaman ASB ini adalah anda membuat pinjaman wang daripada ejen bank ASB terpilih (seperti Maybank, CIMB, RHB Bank dan lain-lain) kemudian wang pinjaman tersebut digunakan untuk membeli sijil pelaburan ASB. Tiada istilah di mana anda guna fasiliti ASB loan dan anda akan dapat sejumlah wang cash hasil daripada ASB Financing. Had maksimum ASB Financing kini adalah sebanyak RM200,000.

Secara asasnya, ASB Financing melalui ASB Loan Islamic adalah cara untuk anda ‘force saving‘ setiap bulan secara konsisten di samping mendapat hasil simpanan yang lebih banyak berbanding menyimpan dengan cara biasa.

Pulangan ASB Financing (ASBF) ini terbahagi kepada dua iaitu:

  1. Dividen
  2. Prinsipal

Perbandingan Loan ASB vs Simpan Sendiri – Mana Lebih Untung?

Ramai orang selalu bertanya, loan asb ni untung atau rugi? Saya bagi contoh di bawah beserta pengiraan supaya anda lebih jelas teknik simpanan ASB mana satu yang lebih untung.

Contoh simpan sendiri RM540 selama setahun atau 12 bulan.

  • RM540 x 12 bulan = RM6,480 (simpanan setahun)

Dengan bajet simpanan RM540 sebulan, pelabur boleh buat ASBF RM100k. Duit RM100k bank akan masukkan ke dalam akaun ASB pelabur. Setiap bulan pelabur akan bayar semula kepada bank RM540.

Selepas setahun, jika dividen ASB kekal 7.25% seperi tahun lepas, pelabur akan dapat dividen RM7,250.

Andai berhenti pembiayaan (jual semula sijil) selepas 12 bulan, bank akan pulangkan bayaran prinsipal (bayaran pokok hutang).

  • Prinsipal = nilai sijil – baki financing
    RM100K (nilai sijil) – RM98,538 (baki financing) = RM1,462
  • Jumlah pulangan: RM7,250 + RM1,462 = RM8,712

Secara perbandingannya,

  • RM8,712 – RM6,480 = RM2,232 extra daripada simpanan biasa (untung)
  • Jika hasil RM8,712 dibahagikan kepada 12 bulan = RM726 sebulan.

Anda simpan RM540 sebulan tetapi hasil sama seperti menyimpan RM726 sebulan. Anda sudah untung RM186 setiap bulan. Kesimpulannya, menyimpan dengan ASBF adalah cara yang lebih bijak dan lebih untung daripada simpanan cara biasa iaitu simpan sendiri.

Yang menariknya, ASBF ni ada macam-macam teknik yang kita boleh buat mengikut kesesuaian masing-masing. Pulangan setiap teknik pula berbeza-beza. Jadi, perkara paling utama yang perlu ada sebelum anda buat Loan ASB adalah ilmu. Nanti saya akan kongsikan teknik-teknik ASBF satu persatu di artikel yang akan datang.

Anda sudah bersedia untuk memohon Loan ASB? Berikut adalah syarat pinjaman ASB secara umumnya. Setiap bank dan ejen ASB mempunyai syarat yang berbeza. Sila rujuk bank yang berkaitan untuk maklumat lebih terperinci.

Syarat Untuk Memohon Loan ASB / ASB Financing

  • Berbangsa Melayu / Bumiputera.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Berpendapatan tetap dan mempunyai slip gaji minimum 3 bulan. Sekiranya berniaga, penyata syarikat perlu dinyatakan dalam tempoh minimum 6 bulan.
  • Sertakan Penyata KWSP terkini.
  • Mempunyai rekod CCRIS dan CTOS yang bersih. Sekiranya anda pernah mempunyai rekod CCRIS & CTOS yang teruk, pastikan rekod tersebut telah diselesaikan minimum 6 bulan yang lepas.
  • DSR tidak melebihi 60% untuk individu bergaji di bawah RM3,000 dan 85% untuk individu bergaji RM3,000 ke atas.
  • Bagi yang tidak bekerja tetapi ada pendapatan setiap bulan, boleh jadikan ahli keluarga yang berpendapatan tetap sebagai pemohon bersama.
  • Sertakan salinan kad pengenalan.
  • Sertakan Penyata Akaun ASB yang terkini.
Carian Berkaitan: apa itu asb