Langgan newsletter kami!
Logo Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Himpunan Teknik Terbaik Loan ASB

Perkara asas yang perlu kita faham untuk memaksimumkan pulangan pelaburan Loan ASB / ASB Financing adalah seperti berikut.

Teknik Asas dan Strategi Loan ASB

1. Tempoh Pembiayaan Maksimum 30 Tahun

Sebab: Semakin panjang tempoh pembiayaan, semakin murah bayaran bulanan. Kita mampu memiliki nilai sijil yang besar dengan modal yang kecil. Jadi bayaran tahunan adalah jauh lebih murah berbanding dividen yang lebih banyak. Tiada masalah untuk pelabur yang mengamalkan Teknik Rolling Dividen, malah terdapat lebihan cash yang banyak. Bagi yang berumur lebih daripada 35 tahun, gunakan formula “65 tahun – umur sekarang” untuk mendapatkan tempoh maksimum.

2. Tanpa Takaful

Sebab: Bayaran takaful dimasukkan ke dalam jumlah pembiayaan. Jadi jika anda melanggan takaful, hutang anda lebih tinggi berbanding nilai sijil. Bayaran bulanan juga akan meningkat. Kesan takaful bila anda menamatkan pembiayaan adalah pulangan prinsipal yang sedikit. Awas, andai pembiayaan ditamatkan terlalu awal, anda bakal dikenakan bayaran tambahan oleh pihak bank jika nilai hutang semasa adalah lebih tinggi daripada nilai sijil ASB.

3. Pembiayaan Islamik

Sebab: Sebab utama kenapa perlu ambil pembiayaan islamik adalah supaya mendapat rezeki yang halal. Selain itu, pembiayaan islamik tiada “lock in period”. Maka, anda boleh menamatkan pembiayaan pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu tempoh tertentu.

Ketiga-tiga strategi tersebut adalah asas utama untuk memaksimumkan pulangan ASBF.

Tetapi, setiap orang mempunyai matlamat dan kemampuan yang berbeza. Untuk ‘gameplan’ dan teknik yang sesuai dengan matlamat masing-masing, bolehlah rujuk kepada consultant ASB yang berpengalaman.

Himpunan Teknik Loan ASB – Mana Satu Lebih Baik?

Ramai yang tertanya-tanya, teknik mana yang lebih baik sama ada teknik compounding atau teknik rolling dividen. Jom kita kupas satu persatu teknik loan asb terbaik.

[Catatan: Pengiraan seterusnya adalah berdasarkan keuntungan bank 5% dan dividen ASB 7.25%. Kiraan hasil simpanan selama 5 tahun. Hasil sebenar mungkin berbeza.]

Contoh Kes:
✔ ASB Financing RM100,000
✔ Kadar keuntungan bank: 5%
✔ Tempoh pembiayaan 30 tahun
✔ Tanpa takaful
✔ Bayaran bulanan RM537
✔ Bayaran tahunan RM6,444

Teknik Loan ASB 1 – Teknik Compounding

Teknik compaunding ini sesuai untuk pelabur yang komited membayar ansuran bulanan ASB Financing dan juga mereka yang ingin mempunyai sebuah tabung simpanan dan pelaburan bulanan. Teknik compounding memerlukan simpanan secara konsisten selama 5 tahun (60 bulan) sebanyak RM537.

  • Jumlah simpanan RM537 x 60 bulan = RM 32,220

Hasil Simpanan:

Dengan modal permulaan RM100,000 dan dibiarkan dividen berkembang selama 5 tahun tanpa diusik dengan kadar 7.25% setahun, jumlah dividen terkumpul adalah sebanyak RM41,900.

Manakala jumlah principal yang sudah dibayar kepada bank adalah sebanyak RM 100,000 (nilai sijil) – RM 91,828 (Baki Hutang) = RM 8,172.

Jadi jumlah simpanan terkumpul = RM 41,900 + RM 8,172 = RM 50,072

Teknik Loan ASB 2 – Teknik Rolling Dividen

Teknik rolling dividen adalah teknik di mana anda ingin mengubah simpanan anda yang kecil kepada suatu pelaburan yang besar tanpa mengeluarkan komitmen bulanan pada tahun ke-2. Untuk menggunakan teknik ini, anda memerlukan modal untuk membayar ansuran ASB Financing untuk tahun pertama.

Teknik ini memerlukan modal simpanan selama setahun sahaja iaitu sebanyak RM6,444. Modal ini boleh menggunakan simpanan tunai sedia ada atau pun melakukan bayaran setiap bulan RM537 selama setahun sahaja (12 bulan). Bermula bulan ke 13, bayaran bulanan dibayar menggunakan dividen yang diperoleh untuk tahun pertama.

Hasil Simpanan:

Tahun 1
[infobox style=”alert-success”]Jika dividen diumumkan sebanyak 7.25% maka pelabur akan mendapat tunai sebanyak RM7250. Ambil RM6444 untuk bayar ansuran tahun kedua. Baki RM806 simpan di dalam ASB.[/infobox]

Tahun 2
[infobox style=”alert-success”]Jika dividen diumumkan sebanyak 7.25% maka pelabur akan mendapat tunai sebanyak RM7250. Ambil RM6444 untuk bayar ansuran tahun ketiga. Baki RM806 simpan di dalam ASB.[/infobox]

Tahun 3
[infobox style=”alert-success”]Jika dividen diumumkan sebanyak 7.25% maka pelabur akan mendapat tunai sebanyak RM7250. Ambil RM6444 untuk bayar ansuran tahun keempat. Baki RM806 simpan di dalam ASB.[/infobox]

Tahun 4
[infobox style=”alert-success”]Jika dividen diumumkan sebanyak 7.25% maka pelabur akan mendapat tunai sebanyak RM7250. Ambil RM6444 untuk bayar ansuran tahun kelima. Baki RM806 simpan di dalam ASB.[/infobox]

Tahun 5
[infobox style=”alert-success”]Jika dividen diumumkan sebanyak 7.25% maka pelabur akan mendapat tunai sebanyak RM7250. Tidak perlu bayar ansuran tahun keenam kerana gameplan hanya untuk 5 tahun.[/infobox]

Jumlah dividen terkumpul = RM806 + RM806 + RM806 + RM806 + RM7,250 = RM 10,474

Manakala jumlah principal yang sudah dibayar kepada bank adalah sebanyak RM100,000 (nilai sijil) – RM 91,828 (Baki Hutang) = RM 8,172

Jumlah simpanan = RM 10,474 + RM 8,172 = RM18,646

Perbandingan Teknik Compounding dan Teknik Rolling Dividen

Teknik Compounding:

  • Modal RM32,220
  • Hasil RM50,072

Teknik Rolling Dividen:

  • Modal RM6,444
  • Hasil RM18,646

Dari segi hasil, teknik compounding memberikan hasil yang lebih lumayan. Tetapi modal yang dikeluarkan juga adalah tinggi. Sementara dari segi peratus keuntungan, teknik rolling dividen memberikan pulangan yang lebih tinggi. Namun disebabkan modal yang kecil, hasil simpanan juga kecil.

Jadi, bagaimana anda hendak dapatkan peratus keuntungan yang tinggi dan jumlah simpanan yang banyak?

Jawapan: Kalau anda mampu simpan konsisten RM537 selama 60 bulan, buatlah Teknik Hybrid.

Teknik Loan ASB 3 – Teknik Hybrid

Teknik Hybrid adalah gabungan kedua-dua Teknik Compounding dan Rolling Dividen.

Pada tahun pertama, mohon Loan ASB sebanyak RM100K. Guna teknik rolling dividen selama 5 tahun sama seperti cara di atas.

  • Modal adalah RM6,444. Hasil bagi sijil pertama adalah sebanyak RM18,646 (seperti di atas).

Pada tahun kedua, mohon lagi Loan ASB sebanyak RM100K untuk sijil kedua. Jangan risau, komitmen bulanan masih lagi RM537 kerana sijil pertama dibayar menggunakan dividen. Kita hanya perlu bayar sijil kedua sahaja menggunakan duit gaji. Guna teknik compounding selama 4 tahun.

  • Modal RM537 x 48 bulan = RM25,776

Hasil Simpanan:

Dividen: RM32,300
Prinsipal: RM100,000 (Nilai sijil) – RM93,630 (Baki hutang) = RM6,370
Jumlah: RM 32,300 + RM 6,370 = RM 38,670

Jumlah keseluruhan kedua-dua sijil:

  • Modal:
    RM6,444 + RM25,776 = RM32,220
  • Hasil:
    RM18,646 + RM38,670 = RM57,316

Kesimpulan

Modal yang sama dengan Teknik Compounding iaitu RM32,220, tetapi memberikan hasil RM57,316 iaitu sebanyak RM7,244 lebih tinggi berbanding Teknik Compounding. Jadi, Teknik Hybrid adalah lebih baik bagi mereka yang mampu menyimpan secara konsisten!!

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: