Langgan newsletter kami!
Gambar Ayie Elham Floor 88

Biodata Ayie Elham, Vokalis Kumpulan Floor 88

Semenjak berkumandang lagu berjudul ‘Hutang’, nama Ayie Floor 88 seakan menjadi satu fenomena di Malaysia. Sesiapa sahaja tidak kira tua atau muda tahu lagu ini. Malahan ia juga sangat popular dinyanyikan di sekolah rendah dan menengah kerana bait-bait liriknya yang mudah dan irama yang ‘catchy’. Ramai juga yang ingin tahu siapakah Ayie Ilham iaitu vokalis Floor 88 yang bersuara lunak ini.

Bermula dengan lagu hits Zalikha dan sambungannya lagu Aqilah, Ayie Elham dan Floor 88 terus mengorak langkah dengan single seterusnya yang meletup berjudul Roadblock Hatiku hasil duet dengan penyanyi Baby Shima. Selepas berakhirnya Roadblock Hatiku, barulah mereka muncul lagi dengan lagu Hutang.

Jom kita semak biodata Ayie vokalis Floor 88 ini.

Biodata Ayie Elham Floor 88

  • Nama Penuh: Nik Fadlee Elhamshah
  • Nama Panggilan: Ayie / Ayie Elham
  • Tarikh Lahir: 7 Julai 1997
  • Asal: Sabah
  • Umur: 23 tahun (2019)
  • Pendidikan: Pelajar ASWARA (Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan)
  • Pekerjaan: Penyanyi
  • Genre Lagu: pop rock, alternative rock dan pop
  • Lagu / Single: Ku Putih, Zalikha, Aqilah, Roadblock Hatiku (featuring Baby Shima), Hutang
  • Lagu Raya: Kemaafan Di Hari Raya, Tak Dapat Raya (ft. Baby Shima)
  • Filem / Telefilem / Drama: Kau Roadblock Hatiku, Tok Moh Talent Agency
  • Pencapaian:
    – Dicalonkan dalam kategori Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017
    – Menduduki tangga pertama Carta Era 40 pada November 2019 menerusi lagu Hutang
  • Instagram: @ayieelhamf88

Sekiranya anda meminati penyanyi ini, jangan lupa berikan sokongan dengan teruskan mendengar dan mengundi karya Floor 88 di kaca TV, corong radio, online streaming dan media sosial.

Untuk rekod, Kumpulan Floor 88 dianggotai oleh 6 orang pemuda dari Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 2007 dan dianggotai oleh Achoi, Akram, Amir dan Falique. Mereka juga kesemuanya merupakan bekas pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.

Prinsip kumpulan ini sejak penubuhannya ialah tidak akan mengambil tawaran persembahan secara solo tanpa melibatkan kesemua ahli. Bagaimanapun syarat itu dikecualikan jika melibatkan bidang seni lain selain muzik, seperti seni tarian atau lakonan.

Kini, kumpulan ini dianggotai oleh Achoi, Akram, Amir, Ayie Elham, Eric Fuzi dan Falique. Untuk biodata penuh ahli lain kumpulan Floor 88 boleh rujuk artikel sebelum ini.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: