Langgan newsletter kami!
Drama Setiaku Di Sini (Unifi TV)

Drama Setiaku Di Sini (Unifi TV)

Saksikan sebuah drama bersiri berjudul ‘Setiaku Di Sini‘ yang mula ditayangkan pada 3 April 2020 di Unifi TV melalui saluran Salam HD pada setiap hari Jumaat, pukul 6.00 petang. Drama bersiri 13 episod ini dibintangi oleh pelakon cantik Risteena Munim dan Fadlan Hazim. Ia diarahkan oleh Rusdi Ramli dan diterbitkan oleh A. Aida Production.

Info Drama Bersiri

  • Episod: 13 episod
  • Tarikh Tayangan: 3 April 2020
  • Waktu Siaran: Setiap Jumaat, jam 6.00 petang / Siaran Ulangan jam 10.00 malam
  • Stesen TV: Salam HD (Saluran 113) Unifi TV
  • Penulis Skrip: Azlina Din
  • Pengarah: Rusdi Ramli
  • Produksi: A. Aida Production Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Risteena Munim, Fadlan Hazim, Muaz Fitri, Khalida Balqis, Zack Kool, Aishah Atan, Dilla Ahmad, Puteri Ateeqah, Ainaa Azhari, Mahmud Ali Bashah, Azhar Amir, Ayu Azlina, Nada Nurshuhada, Effa Alhabsyee, Nur Natasha

Watak Pelakon

Sinopsis Setiaku Di Sini

Kerana Trauma, Aleesa meletakkan Rayyan dalam situasi yang sangat sukar. Rayyan dituduh mengambil kesempatan keatas Aleesa dan merogolnya ketika Aleesa dalam kesusahan.

Episod 1
Aleesa begitu berhati-hati dengan lelaki kerana dia sering berhadapan dengan kejadian keganasan lelaki terhadap wanita ketika mengendalikan kes kaunseling dan motivasi di syarikatnya. Walaupun Aleesa sering menerima bunga dari lelaki yang tidak dikenali, namun dia sedikitpun tidak teruja untuk mengenali siapa peminat misterinya itu. Badrul, merupakan satu-satunya lelaki yang dipercayai dan menjadi rakan kongsinya. Apabila tayar keretanya pancit di tengah jalan, Aleesa tidak membenarkan rakan serumahnya Anis meminta bantuan dari lelaki yang tidak dikenali. Dia menghubungi Badrul untuk membantu. Melihat Badrul untuk pertama kalinya membuatkan Anis terpesona dengan kekacakannya.

Episod 2 – 13
Akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: