Langgan newsletter kami!
Kurma Yusuf Taiyoob

Biodata Datuk Yusuf Taiyoob, Raja Kurma Malaysia

Biodata Datuk Yusuf Taiyoob | Berbicara tentang bulan Ramadan, kurma merupakan antara makanan yang sinonim untuk berbuka puasa dan bersahur. Di Malaysia, kurma yang paling popular adalah dari jenama Yusuf Taiyoob. Iklannya seringkali dimainkan di corong-corong radio dan kaca televisyen sepanjang bulan yang mulia ini.

Digelarkan sebagai Raja Kurma Malaysia, Datuk Yusuf Taiyoob menawarkan pelbagai jenis kurma yang berkualilti tinggi dari Timur Tengah dengan harga yang berpatutan.

Biodata Datuk Yusuf Taiyoob

  • Nama Penuh: Yusuf Taiyoob
  • Tarikh Lahir: 23 Disember 1958
  • Umur: 59 (2017)
  • Asal: Tanjung Bungah, Pulau Pinang
  • Keluarga: Anak sulung daripada empat adik-beradik
  • Status: Berkahwin
  • Nama Isteri: Datin Yusnita Ramli
  • Nama Anak: Waseem, Safiya dan Safina
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Ahli Perniagaan
  • Jenis Perniagaan: Kurma, makanan dalam tin, rempah ratus, makanan kering dan jus buah-buahan
  • Laman Web: www.yuta.com

Fakta Menarik Tentang Datuk Yusuf Taiyoob

  1. Pernah menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan di India tetapi berhenti untuk menjalankan bisnes sendiri.
  2. Pernah menjual minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas ketika berusia 19 tahun melalui jenama Perfume of Penang.
  3. Sebelum menubuhkan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, usahawan berjaya ini pernah mempunyai syarikat berkaitan kecantikan iaitu Yusuf Cosmetic pada tahun 1979 yang hanya beroperasi selama dua tahun.
  4. Membekal lebih 30 jenis kurma dan lebih 100 produk makanan ke seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.
  5. Selain kurma, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd turut mengeluarkan madu lebah, sabun ayurverdik, rempah ratus dan banyak lagi.
  6. Sebahagian jenama kurmanya seperti Wassem, Safiya dan Safina diambil dari nama anak-anaknya.
  7. Kebanyakan dari produknya diimport dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat sebelum dieksport semula menggunakan jenama Yu Ta ke negara jiran termasuk Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei.
  8. Mendapat gelaran Datuk daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang iaitu Tun Abdul Rahman Abbas pada tahun 2002.
  9. Seorang yang lebih suka habiskan masa di rumah jika tidak terlibat dengan urusan kerja.
  10. Beroperasi di Plaza MWE, Georgetown, Pulau Pinang, Yusuf Taiyoob turut memiliki satu kilang di Bukit Minyak, Seberang Prai dan membuka satu cawangan di Lembah Klang iaitu di Surian Industrial Park, Kota Damansara, Selangor.

Gambar Datuk Yusuf Taiyoob

Yusuf Taiyoob Raja Kurma

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: